Islam mengajar Belas Kasihan sesama manusia |
Pernahlah juga saya meninjau-ninjau gelagat manusia, terutama di laman sosial facebook,twitter,google plus bila mana kekadang terjumpa status berbaur kemarahan,kesedihan,dan sebagainya yang biasa korunk nampak ye tak?.
Sebagai contoh:-
1.Kes yang berlaku di pilihan raya pada tahun lepas di samping Isu hangat beserta dengan kempen-kempen menampakkan perbalahan berlaku antara pihak A,B,dan C
2.Baru-baru ini berlaku pulang peristiwa yang mengejutkan seluruh dunia mengenai kapal terbang MAS- MH370. Spakulasi-spakulasi dari pihak tidak berwajib menampakkan ketidak hormatan serta perasaan terhadap keluarga si mangsa
Persoalannya sekarang ADAKAH EQ(emotional quotient) seseorang pada masa kini semakin berkurangan?. Berdasarkan petikan hadith ini:-
* Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun.” – Hadith riwayat Imam Tirmizi
Jadi, yang di terangkan disini adalah merangkumi permasalahan didalam diri atau diluar ( persekitaran ) dengan bagaimana untuk mengatasi tiap-tiap permasalahan secara bijak. Tiap-tiap permasalahan mempunyai kaitan dengan kecerdasan emosi. Emosi yang lemah secara lazimnya kebarangkalian untuk menyelesaikan tiap-tiap permasalahan hidup turut juga lemah. Berdasarkan definisi atau takrif mengenai Kecerdasan Emosi boleh di lihat secara umum:
bermaksud setiap pergerakan atau pergolakan fikiran, perasaan, nafsu; setiap keadaan mental yang hebat atau meluap-luap
-Kamus Oxford-Okey, ini berdasarkan perspektif general bagaimana pula perspektif di dalam Islam ?
Berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, hadith dan pendapat para ulama’, kejadian manusia adalah terdiri daripada unsur jasmani dan rohani, maka Islam tidak pernah menafikan tentang wujudnya emosi dalam diri manusia. Malah al-Qur’an telah menggambarkan beberapa bentuk emosi yang terdapat dalam diri manusia.
1.Emosi Takut
2.Emosi Marah
3.Emosi Sedih
4.Emosi Malu
5.Emosi Gembira
6.Emosi Benci
Semua, diatas berkait rapat terus di dalam diri kita betul?tetapi nahtijahnya kini adakah kita semakin kekurangan EQ?jawapannya "YA". Kenapa saya mengatakan YA?jawapan sememangnya ada di sekeliling kita. kenapa hal ini berlaku?Jawapannya sangat mudah. Pada tahap zaman yang serba moden ini tidak hairan kita melihat minda IQ ( Intelligent quotient ) semakin meningkat dengan kepesatan maklumat yang begitu drastik sekali.
IQ dan EQ mempunyai hubung-kait dan saling memerlukan. Dan tidak semestinya IQ yang tinggi mampu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa adanya EQ. EQ yang stabil mendorong kepada keberkesanan untuk menghadapi masalah dan IQ memberi pemilihan yang terbaik di dalam menyelsaiakan masalah.
p/s: Adakah memaki hamun di laman sosial, bersedih, menunjuk-nunjuk gambar yang tidak sepatutnya mempunyai hubung-kait EQ dan IQ. Jadi, melalui konsep pemahaman EQ dan IQ melalui prinsip-prinsip yang diajar di dalam Islam adalah untuk menjadi Umat Nabi Muhammad SAW yang berjaya di dunia mahupun di akhirat kelak. Berdasarkan sepotong ayat al-quran ini:-
“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.” – [Al-Baqarah 2:155]
"Sabarlah dalam kesabaran yakni tiap permasalahan perlu mengawal emosi dan tahu menyelesaikan masalah "
-Habib Ali Zainal Abidin-
Uji Kecerdasan Emosi Korunk (EQ) Di Sini <<<