Home » » [Fakta Rancangan 2]Benar atau Tidak KLCC Tower Adalah Simbol Freemason/ILLuminati??

[Fakta Rancangan 2]Benar atau Tidak KLCC Tower Adalah Simbol Freemason/ILLuminati??

Written By pmgpcns on Khamis, 12 April 2012 | 9:24 PTG

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya hormati.Sebelum meneruskan penulisan ini, saya ingin memaklumkan kepada anda, saya bukanlah fanatik atau tabsub benda-benda sebegini. Sebagai ilmu kita harus mengkaji mana yang baik atau mana yang buruk supaya kita tidak jahil tentang setiap tindak-tanduk musuh-musuh islam,tidak begitu?.

Untuk mingguan hari ini ,tertarik juga yang mengatakan KLCC adalah simbol illuminati?adakah ianya satu rekaan atau benar?.Sebelum itu kita kena kenali siapakah yag membina , merancang serta meluluskan projek pembinaan KLCC ini?

Info:-
Menara Petronas yang direka oleh jurubina César Pelli dari Argentina ini, siap dibina pada tahun 1998 setelah menelan masa tujuh tahun sehingga menjadi bangunan tertinggi di dunia sewaktu disiapkan.[8] Menara ini dibina di atas tapak lumba kuda Kuala Lumpur.[9] Kedalaman batuan dasar menjadikan bangunan ini dibina pada tapak yang paling dalam di dunia.[10] Tapak sedalam 120 meter itu memerlukan sejumlah konkrit yang berlebihan untuk dibina dalam masa 12 bulan oleh Bachy Soletanche.[11]
Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia.[12] Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat.[13] Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong.
Disebabkan kekurangan keluli serta kos pengimportan keluli yang mahal, menara berkembar ini didirikan atas konkrit bertetulang teramat kukuh bereka bentuk radikal yang murah sekali.[14] Konkrit yang amat kukuh dikenali ramai kontraktor Asia dan dua kali lebih berkesan mengurangkan gegaran berbanding keluli; however, oleh itu bangunan ini dua kali beratnya pada tapak berbanding bangunan keluli yang seumpamanya. Disokong oleh teras konkrit 23-kali-23 meter[15] dan segelang luar tiang super yang beruang legar, menara-menara ini menggunakan sistem struktur canggih yang menampung profilnya yang langsing serta menyediakan ruang pejabat tanpa tiang seluas 560,000 meter persegi (669,754 ela ps).[16] Di bawah menara berkembar ini ialah pusat beli-belah Suria KLCC dan Dewan Filharmonik Petronas.

Jadi,persoalan saya di sini siapakah Cesar Pelli?Sila baca yang telah saya highlight kan.

 Secara khasnya Cesar Pelli ada kaitan semasa pembinaan World Trade Center dan kenapa pula beliau terlibat pula dalam pembinaan KLCC?cuba anda bayangkan rupa bentuk bangunan seakan-akan sama.di mana kedua-dua bangunan terletak bersebelahan/seiringan tetapi berbeza sedikit struktur KLCC tower di mana antara menara A dan B terdapat jambatan.Perhatikan gambar rajah di sebalah ini.Dan gambar lambang Freemason
di bawah ini bandingkan.

Tiang sokongan antara jambatan kemungkinan dalam sains mereka akan menyatakan ianya adalah tiang sokongan.Tetapi, pada pendapat saya tiada cara lainkah selain membuat tiang seperti itu?.Dan saya masih tercari-cari adakah rupa bentuk ini di sengajakan ataupun tidak.Dan perihal rupa KLCC tower ini ianya merupakan seakan-akan nombor 11.

Illuminati Is  The Master Of Number (Pakar dalam angka nombor):-
Nombor yang di gemari oleh illuminati adalah nombor 11,22 dan 33 kenapa?
Maksud-maksud Nombor :-
11:-Cita-cita
22:-Gabungan Cita-cita dan usaha
33:-Memberi Panduan Di Seluruh Dunia

 Jadi, mereka sudah bernaung sekian lama serta memerhati tikah laku kita.Adakah kita sudah bersedia?adakah kita masih berseronok?adakah mereka akan memusnahkan kita?Marilah kita berfikir sendiri dan kembali kepada ajaran Islam.




Masih Dalam Kaji Selidik Saya Mengenai César Pelli



Akan bersambung untuk judul seterusnya insyaallah ......
 

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming