Written By
pmgpcns
on
Jumaat, 5 Oktober 2012
|
7:16 PTG
kebaikan minyak kelapa
Assalammuaalaikum kepada pembaca-pembaca yang setia membaca entri terbaharu di dalam blog ini. Kita sering-kali berfikir bagaimana cara untuk meningkatkan kesihatan di dalam tubuh kita. Ya, tidak di nafikan lagi bahawa kesihatan juga menjadi tunjang utama dalam meningkatkan kualiti aktiviti harian kita. Dalam konteks ini, kita boleh memperlihatkan bahawa terdapat dua perkara yang mendatang impak iaitu kebaikan dan keburukan sesuatu pengambilan khasiat makanan itu sendiri. Berkesempatan juga saya berkongsi maklumat tentang dua perkara ini yang amat berguna kepada saya mahupun pembaca-pembaca disini.Baca selanjutnya di bawah ini.
Kebaikan Minyak Kelapa
Kerosakkan gigi berpunca daripada bakteria
Minyak kelapa bukan sahaja digunakan untuk kegunaan harian kita seperti memasak, perawatan tradisional dan sebagainya. Tetapi, minyak kelapa juga mampu mencegah serta membunuh bakteria di dalam mulut apabila bergabung dengan enzim ptialin `Amilase'di dalam mulut kita.Enzim Amilase berfungsi menukarkan kandungan karbohidrat menjadi gula sederhana dan pada masa yang sama juga sejenis bakteria iaitu bakteria Streptokukus menukarkan kandungan gula menjadi asid.
Gambar rajah 1.0
Gambar rajah 1.0 - Saya masih ingat lagi ketika saya di tingkatan 4 dan rakan sebaya pernah melakukan eksperimen dibawah mikroskop dengan mencungkilkan dicelahan gigi. Kami terkejut kerana rupanya berbentuk durian dan setiap duri-duri panjang seperti disebelah ini.
Menurut kajian oleh Dr. Damien Brady dari institut Teknologi Athlone, di Ireland katanya `minyak kelapa yang bercampur dengan enzim pencernaan akan menghasilkan pembunuh bakteria yang kuat'. Penyelidik kini berusaha menghasilkan ubat gigi dan ubat kumur yang mengandungi minyak kelapa sebagai bahan aktifnya. Menggabungkan enzim minyak kelapa yang dimodifikasi menjadi produk rawatan gigi mampu menjadi alternatif kepada bahan kimia yang digunakan sekarang.
Keburukkan Teh Tarik
Teh Tarik Kaw-kaw
`Aney!!teh tarik kasi tengo satu'`Ok siap!!!' kebiasaan bila kita di kedai mamak corner itulah perkataan yang kita sering lakukan. Sedar atau tidak bahawa teh tarik adalah minuman kurang berkhasiat puncanya ialah SUSU.Teh merupakan minuman yang paling banyak diambil di seluruh dunia. Kandungan antioksida, vitamin dan kompoenen lain didalam teh mampu meningkatkan fungsi imun dan mencegah kanser, menjaga kadar gula darah dalam darah dan menyihatkan jantung.
Di kebanyakkan tempat, teh sering dicampur susu seperti yang dibuat pada teh tarik. Walaupun rasanya lebih enak dan sedap, penyelidik mendapati perbuatan tersebut mampu mengurangkan khasiat teh itu sendiri. Melalui kajian yang dimuatkan dalam jurnal The European Heart. Penyelidik menguji 16 orang dewasa yang sihat . Mereka diminta minum secawan teh tanpa dicampur dengan susu dan teh tarik yang dicampurkan dengan susu serta air masak. Kemudian fungsi vaskular responden diukur.`jika di bandingkan dengan air masak, teh tanpa susu secara signifikan meningkatkan fungsi arteri. Tetapi penambahan sedikit sysy menyebabkan khasiat teh tidak kelihatan. Kajian mendapati protein dalam susu akan meneutralkan kandungan antioksida dalam teh.
Sumber:Kosmo, Ahad 30 September 2012/Muka surat 47