Home » » Fakta Islam: 4 Tokoh Agama Seharus Anda Ketahui

Fakta Islam: 4 Tokoh Agama Seharus Anda Ketahui

Written By Unknown on Sabtu, 23 Februari 2013 | 6:36 PG

Assalammualaikum, alahai saya rindu sangat pada pembaca-pembaca setia saya disini. Saya memohon maaf sekiranya sudah sekian lama saya tidak mengarang di dalam blog saya ini. Mungkin masa yang panjang saya berehat sedikit sebanyak memberi sedikit idea-idea yang baharu. Untuk bulan yang indah saya ingin mengutarakan beberapa tokoh  islam yang seharusnya kalian kenali.

1.Habib Umar bin Hafiz ( 27 May 1963)
-Beliau dilahirkan di Tarim, Hadramaut, Yamen . Nama ayah beliau ialah Muhammad bin Salim bin hafiz. Beliau mempunyai salahsilah dari keturunan Nabi Muhammad, disebelah cucu Nabi Muhammad SAW  iaitu Hussein ibn Ali . Panggilan Hafiz datang daripada keluarga suku "Shaikh Abubakr" yang berasal dari nama 12 bapa datuk moyangnya. Beliau merupakan guru di "Yemeni Islamic Scholar" dan pengasas Dar al-Musthafa.
Antara karya beliau ialah:
• Dhiya'ul Lami' (Maulid Nabi Muhammad SAW)
• Dhakhira Musyarofah (Fiqh)
• Muhtar Ahadits (Hadits)
• Nurul Iman (Aqidah)
• Durul Asas (Nahu)
• Khulasah Madad an-Nabawi (Zikir)
• Tsaqafatul Khatib (Panduan Khutbah)
 2.Habib Syech Abdul Qadir As-Seggaf
-Beliau jarang dikenali tetapi di dalam majlis selawat atau kegiatan maulidan dia sangat di kenali.  Dengan kelebihan suara yang merdu sehingga memikat golongan-golongan muda untuk mendengari qasidahnya dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Antara karya beliau ialah:
 Qasidah Ya Hanana
 3. Al Habib Ali Zaenal Abidin  .(12 April 1974)
 -Nama penuh beliau ialah Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar. Al Habib Abdul Qadir Al Jufri merupakan pengasas bagi Darul Murtadza walau bagaimanapun Al Habib Ali Zaenal telah mengambil alih tugas berat ini. Beliau di lahirkan di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Semasa kecil, beliau pernah belajar beberapa ustaz  untuk mendalami ilmu agama.
Semasa umur 21 tahun beliau belajar di Hadramaut, Yamen atas restu ayahbondanya. Beliau juga tidak terlepas berguru dengan guru yang berpengalaman dan diantara guru yang sangat dikenali iaitu Habib Umar bin Hafidz. Majlis Ta'alim Darul Murtadza diadakan pada setiap hari jumaat pada jam 9.30 malam (selepas solat isyak) merupakan satu majlis yang mana objektifnya untuk supaya mendekati kita kepada Allah SWT dan tidak lupa kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.

 4.Habib Ali Al-Jufri ( 16 April 1971)
-Nama sebenar beliau ialah Habib Ali Zainal Abidin bin Abdurrahman Al-Jufri lahir di Jeddah, Arab Saudi. Ketika kecil beliau berguru dengan ibunya yang mempunyai pengaruh besar atas diri beliau dan dalam pelajaran dan rohani. Antara guru  yang pernah beliau belajar ialah:
- Habib Abdul Qadir bin Ahmad Al-Saqqaf, Jeddah
- Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad
- Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, Makkah
- Habib Attas Al-Habsyi
- Habib Abu Bakar Al-Masyhur Al-Adani
- Habib Muhammad bin Abdullah Al-Hadar
- Habib Umar bin Hafiz, Yaman, menjadi sahabatnya juga dari 1993 hingga 2003
 Banyak lagi tokoh-tokoh agama yang masih lagi saya tidak tulis di dalam ini. Saya dengan sengaja meletakkan nota yang ringkas supaya saudara-saudari sekali berusaha sedikit untuk mengenali mereka. Hanya nota ini tidak memadai ,silalah hadir majlis-majlis agama moga-moga sedikit sebanyak anda akan mengenali lebih daripada apa yang anda baca sekarang.

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming