Home » » [Fakta Info]Pengetahuan Mengenai Mimpi

[Fakta Info]Pengetahuan Mengenai Mimpi

Written By pmgpcns on Ahad, 23 Februari 2014 | 3:06 PG

Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati. Untuk minggu ini saya ingin berkongsikan mengenai permehaman mengenai mimpi.

Mimpi seseorang tidaklah indah kadang-kala ada  mimpi yang datang itu  mimpi yang menyeramkan.

Mimpi yang benar pernah di diceritakan di dalam al-quran mengenai mimpinya Nabi Ibrahim A.S supaya menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S
berdasarkan surah Ash-Shaffat di bawah ini:-

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ اْلسَعْىَ قَالَ يَابُنَيَّ إِنِّى أَرَى فِى اْلمَنَامِ أَنِّى أَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَاأَبَتِ افْعَلْ مَاتُؤْمَرُ سَتَجِدُنِى إِنْ شَاءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ (۱۰۲)

102. ”Maka tatkala anak itu sampai (pada usia sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku sedang menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Wahai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah engkau akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”.
Begitu juga dengan peristiwa yang berlaku keatas jujungan besar Nabi Muhammad SAW sebelum berlaku peristiwa pembukaan kota Makkah telah datangnya mimpi yang telah di ceritakan didalam Al-Quran dalam surah Surah al-Fath ayat 27
Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjid Al-Haraam - insya-Allah (pada masa yang ditentukanNya) - dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu, dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Ia mengetahui (adanya faedah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya maka Ia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya)
Berdasarkan permahaman daripada ulama terkemuka iaitu menyatakan:-
Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata: “Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.”
Jadi siapakah Imam Ibnu Sirin?
Buku Ensiklopedia Tafsir Mimpi Menurut Tradisi Islam ini adalah karangan asal Imam Ibnu Sirin. Muhammad Bin Sirin lebih dikenali dengan panggilan Ibnu Sirin. Beliau adalah seorang ulama. Di samping mendalami ilmu-ilmu tafsir, hadis dan ilmu-ilmu lainnya, beliau terkenal sebagai seorang pakar dan mahir dalam menafsirkan mimpi. Penafsiran mimpi yang dilakukannya banyak mengaitkan ayat-ayat Al-Quran, dan Hadis Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, di samping pengalamannya yang luas dalam menafsirkan mimpi. Simpan buku ini disetiap bilik anda untuk penafsiran yang baik tentang mimpi.
Mimpi Imam Malik r.a
Pada suatu malam Imam Malik bin Anas bermimpi melihat Malaikatul Maut. Kemudian dia bertanya kepada malaikatul maut itu. “Ya Malaikatul Maut, masih tinggal berapa lama lagi usiaku?” 
Malaikatul Maut memberi isyarat dengan kelima jarinya. Imam Malik tidak mengerti maksud Malaikatul Maut itu. Maka ia bertanya lagi. 
“Lima apa ya Malaiktul Maut? Apakah 5 tahun? 5 bulan? 5 minggu? 5 hari?” Belum sempat mendengar jawapannya, Imam Malik r.a terbangun daripada tidurnya. 
Esok paginya beliau pergi menanyakan tentang mimpinya kepada seorang ahli
mimpi iaitu Imam Ibnu Sirin. Kata Ibnu Sirin, 
“Ya Malik, mimpi mu itu baik-baik sahaja. Malaikatul Maut tidak bermaksud mengatakan 5 tahun, 5 bulan, 5 minggu atau 5 hari. Tetapi ia hendak mengatakan kepadamu bahawa pertanyaan mu itu termasuk ke dalam lima rahsia ilmu ghaib Allah yang tidak diketahui oleh sesiapapun selain Allah SWT sendiri." 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah, hanya pada sisiNya sajalah pengetahuan tentang hari Qiamat; dan Dialah yang menurunkan Hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui  di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
                   ( Luqman :3-4 )
Setiap manusia pernah bermimpi, kerana mimpi adalah perkara biasa berlaku semasa tidur dan ianya berlaku kepada setiap orang. Semakin bertakwa seseorang itu kepada Allah S.W.T. maka semakin benarlah mimpi-mimpinya sebagai petunjuk daripada Allah S.W.T.
Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya : “Mimpi yang benar itu ialah sebahagian daripada empat puluh enam sifat kenabian.” (Hadis Riwayat Muslim)
Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Mimpi baik itu daripada Allah dan mimpi buruk itu daripada syaitan, maka ketika salah seorang daripada kamu mimpi buruk, meludahlah ke arah kiri tiga kali, kemudian minta perlindungan kepada Allah, maka mimpinya tidak akan mengkhuatirkan.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam riwayat yang lain Nabi S.A.W. bersabda maksudnya : “Apabila seseorang darimu melihat mimpi yang menggembirakannya maka hendaklah ia mengucapkan ‘alhamdulillah’ dan ceritakannya kepada orang yang lain, dan sebaliknya apabila ia melihat mimpi yang menduka citakannya, maka mimpi itu adalah dari syaitan, kerana itu hendaklah ia mengucapkan isti’azah (a’uuzubillahi minasysyaitoonir roojiim) dan jangan ceritakannya kepada orang lain kerana mimpi itu tidak mendatangkan mudarat kepada nya.”(Hadis Riwayat Bukhari dari Abi Sa’id).
Terdapat 3 jenis mimpi menurut pandangan Islam:-


  • Mimpi dari Allah SWT iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat merupakan khabar gembira atau suatu peringatan daripada Allah SWT supaya tidak melakukan maksiat terhadapNya.





  • Mimpi daripada syaitan iaitu mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan malapetaka, musibah, permusuhan, kesedihan, kesengsaraan, kemelaratan, penderitaan dan sebagainya.





  • Mimpi yang dipengaruhi oleh keadaan diri seseorang itu sendiri umpamanya bermimpi makan ketika keadaan diri sedang lapar atau ketika dalam keadaan kenyang bermimpi termuntah atau salah satu anggota tubuh sedang sakit dan bermimpi dianiaya orang dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai erti sama sekali.


  • Untuk Lebih Lanjut bolehlah pembaca-pembaca menonon video Khazanah mengenai mimpi di bawah ini.
    Sumber:http://wahyu2u.wordpress.com/
    http://manusialidi.blogspot.com/
    http://alislamiyah.uii.ac.id/
    http://www3.pmo.gov.my/
    http://luvislam92.blogspot.com/

    YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming