Home » » [Fakta Islam]Islam Menjaga Hak-Hak Wanita

[Fakta Islam]Islam Menjaga Hak-Hak Wanita

Written By pmgpcns on Selasa, 10 September 2013 | 5:59 PG



Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang setia. Alhamdulillah judul untuk minggu ini mengenai prihal islam sentiasa memelihara hak-hak wanita.

Tanpa wanita sudah tentu pemimpin-pemimpin hebat tidak akan wujud di dalam dunia ini. Islam sentiasa menjaga hak-hak wanita mengangkat martabat di tempat yang sepatutnya atas pengorbanan mereka. Semasa Zaman Jahilliah mereka menganggap mendapat anak perempuan akan membawa malang dan sehingga sanggup menanam mereka hidup-hidup. Setelah Islam bertapak, perbuatan ini tidak lagi dilakukan dan memberi hak-hak mereka selayaknya.

Walau bagaimanapun, saya akan menghuraikan berdasarkan agama dan kepercayaan mereka terhadap golongan wanita:-

  1. Di dalam penulisan Leonard J Swidler " Women in Judaism:The Status of Women in Formative Judaisme" bahawa pendeta menyenaraikan 9 kutukan Tuhan ke atas wanita antaranya ialah:-
  • Bebanan haid.
  • Bebanan pendarahan dara.
  • Bebanan membesarkan anak.
  • Bebanan menutup kepada seperti berkabung.
  • Bebanan menindik telinga seperti hamba.
  • Penyaksian tidak diterima.
  • Bebanan menghadapi maut
         Malah, di dalam yahudi juga wanita tidak berhak memiliki mana-mana harta.
     2. Di dalam penulisan R Thompson "Women in Stuart England and America" menyatakan mengenai 
         mengenai undang-undang keluarga England berdasarkan ajaran agama Kristian : "Harta seorang suami 
         adalah milik suaminya. Harta seorang isteri adalah milik suaminya".
         Di dalam Encarta Encyclopedia menyebut berkenaan ajaran agama Kristian:"Kebanyakkan isteri                tiada 
         memiliki hak di sisi undang-undang. Wanita tidak berhak membawa kesnya ke mahkamahm tidak me-
         mbenarkan menjadi juri, tidak boleh memiliki harta dan tidak dibenarkan menulis wasiat. Ini antara c-
         ontoh bagaiman hak-hak wanita di Eropah di abaikan.
         Agama Kristian juga menganggap Hawa punca kesalahan dan berdosa bagi Adam. Oleh sebab kesi-
         lapan yang dilakukan Hawa, wanita wajib menghambakan diri kepada lelaki.
         St Saul berpesan dalam Bible baha wanita perlu belajar dalam keadaan diam dan penuh kepatuhan.M-
         ereka juga melarang mengajar dan mengawal suami. Hawa yang terpedaya, berdosa dan bersalah.

     3. Dalam buku suci Hindu, Manu Smriti menjelaskan:"Seorang isteri, anak dan hamba tidak boleh                  dimiliki sebarang harta, harta mereka dimiliki oleh lelaki yang menguasai (menjaga) mereka. Golongan            ham ba sahaya (Sudras: Sistem Kasta Bawahan) tidak layak mendengar isi buku Veda. Di samping itu,          didalam undang-undang : "jangan percaya kepada wanita. Jangan duduk berseorangan dengan wanita
         walaupun wanita itu ibumu,anak perempuanmu atau saudara perempuanmu kerana mereka akan men-
         ggodamu".
         
       
Berdasarkan hak-hak wanita  yang terdapat di atas tidak hairanlah bagaimana anak perempuan kepada seorang hakim terkenal , Lord Scott yang memeluk Islam berkata :" Wanita Barat memilih Islam selepas melihat gejala negatif melanda Barat dengan dahsyat". Sebagaimana contoh peningkatan kes jenayah, keruntuhan sistem kekeluargaan, penyalahgunaan dadah dan ketagihan arak. Kerana mereka mengenepikan hak-hak mereka sebagai seorang manusia.

Kenyataan pada (2) di sangkal kerana tidak sewajarnya meletakkan kesalahan ke Hawa sahaja tetapi di menurut pandangan Islam. Adam dan Hawa dianggap sama-sama melakukan kesilapan dan beban kesilapan diletakkan kepada mereka dua bukan pada Hawa semata-mata. Berdasarkan sumber Al-quran di dala surah Al-Baqarah ayat 36
"Setelah itu syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan daripada nikmat yang mereka telah berada di dalamnya; dan Kami berfirman: Turunlah kamu! sebahagian daripada kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain; dan bagi kamu disediakan tempat kediaman dibumi serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa".

Kenyataan pada (3) juga di sangkal kerana menurut Islam sendiri bahawa kelebihan individu tidak terletak pada jantinanya tetapi kepada iman dan takwa individu itu sendiri. Berdasarkan firman dalan surah Al-Hujurat ayat 13 :
"Sesungguhnya yang paling mulia dalam kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa di antara kamu"

Di dalam Al-Quran juga merakam penghormatan kepada wanita sepertia kisah permaisuri  Saba dalam surah an-Naml ayat 33 dan 34. Kesiumpulan, hanya Islam sahaja meletakkan wanita pada kedudukan tertinggi.

Sumber:BMetro Jumaat 6 September Muka surat 26.

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming