Home » » [Fakta Hidayah]Benci Kepada Islam Akhirnya?

[Fakta Hidayah]Benci Kepada Islam Akhirnya?

Written By pmgpcns on Khamis, 26 September 2013 | 9:51 PG

Arnoud Berkaca Mata Hitam
Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang sentiasa menyinggah di laman blog ini. Kisah lelaki berkulit putih ini yang berasal dari Belanda, mengingatkan aku akan kisah Nabi Muhammad SAW dengan si pengemis buta Yahudi buta. Kisah yang mana pengemis ini mencerca Nabi Muhammad SAW dengan mengatakan “Jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.” kepada masyarakat yang mendekatinya. Namun, Nabi Muhammad SAW mendatanginya setiap pagi tanpa berbicara apa-apa lalu menyuapkan makanan dengan rasa penuh kasih sayang kepada pengemis tadi sebelum baginda wafat. Khalifah Saidina Abu Bakar Al-Siddiq bertanyakan kepada Siti Aisyah perkara yang belum Ayahnya lakukan ketika Baginda hidup. Lalu, Aisyah menjawab Baginda selalu pergi ke hujung pasar memberi makanan kepada pengemis Yahudi yang buta. Seperti kebiasaan pengemis tadi sudah mengetahui orang yang disuapkan itu berbeza yang  pada sebelumnya. Kemudian Saidina Abu Bakar menangis menyatakan kepada pengemis itu, orang yang sebelum ini  menyuapkan kamu adalah Muhammad tetapi dia sudah meninggal dunia , lalu pengemis Yahudi tadi menyesal akan perbuatan menghina baginda yang selalu menyuapkan makanan kepadanya dan terus memeluk Islam. (Cerita ini anda boleh memperolehinya di mana-mana artikel di dalam website).

Cerita ini berkenaan dengan salah seorang yang sangat membenci Islam iaitu Arnoud Van Doorn yang merupakan rakyat Belanda. Dengan kebencian yang amat sangat terhadap Islam dia dan termasuk beberapa rakan sepasukan dengan sengaja memuat naik video memburuk-burukkan agama Islam. 
Semua negara Islam membantah tayangan tersebut termasuk Malaysia. Tidak terkecuali badan-badan NGO mengecam tindakan tersebut. Di dalam video tersebut , Arnoud Van Doorn memaparkan peristiwa World Trade Center New York (WTC), disusuli dengan video letupan keretapi . Dan, seterusnya dipertontonkan pula petikan sekerat ucapan ulama yang berbunyi," Apa yang membuatkan Allah SWT gembira? Allah SWT gembira bila orang kafir dibunuh, Menghapuskan orang-orang kafir dan musyrik, musuh Allah SWT dan musuh-musuh agama. Allah SWT mengira merea dan membunuh mereka yang terakhir dan tidak meninggalkan walau satu pun".

Di dalam babak kedua video tersebut dimulakan dengan bacaan Al-Quran surah An-Nisa 56 diikuti sedutan ucapan Ulama membenarkan jihad memerangi orang Yahudi. Seterusnya, seorang anak kecil perempuan berumur tiga setengah tahun beragama Islam, telah ditanya tentang Yahudi.  Jawabnya Yahudi adalah sekumpulan beruk dan Khinzir. Di tanya dari mana ia tahum maka jawabnya daripada Allah SWT di dalam Al-Quran.

Begitulah bagaimana sedutan filem yang di hasilkan oleh Arnoud Van Doorn yang sangat membenci Islam. Itulah yang dia ingin capaikan untuk mengajak orang lain yang bukan beragama Islam memandang serong terhadap agama Islam. Walau bagaimanapun, siapa sangka orang dahulunya membenci Islam tetapi kini memeluk Islam. Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Bersumber sepotong ayat di atas ini dengan jelas setiap perkara buruk yang berlaku belum tentu mendatangkan kesan buruk. Hakikatnya Allah SWT jua Maha Maha Mengetahui. Arnoud Van Doorn merupakan mantan ahli politik Belanda, namanya gah sebagai seorang yang begitu membenci Islam. Walau bagaimanapun, hidayah Allah SWT tidak memilih siapa-siapa bilamana dia terdetik di dalam hatinya persoalan mengapa dia begitu membenci Islam. Sejak itu, dia mengkaji akan Islam hampir satu tahun. Barulah dia sedar bahawa Islam tidak mengajar umatnya bertindak ganas sesama manusia sungggupun bukan sealiran agama. Berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 256 yang bermaksud:
Tidak ada paksa dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Arnoud Van Doorn selepas memeluk Agama Islam dia ingin membersihkan semula tomahan yang pernah dia buat sebelum ini. Walau bagaimanapun, rakan-rakannya mengecam tindakan sebagai "Pengkhianat".  Tetapi Arnoud terpaksa dan mengetahui Allah SWT sedang menguji keimanannya serta menunjukkan agama Islam itu adalah agama yang benar.

Secara Kesimpulannya, ramai muslimin dan muslimat mencaci maki orang yang menghina Islam baik di dalam lama sosial, akbar dan macam-macam lagi,Tetapi pernahkah kita sedar bahawa Islam tidak mengajar kita supaya bertindak agresif, Islam tidak menyuruh kita menumpahkan darah sesuka hati.Tetapi Islam mengajar kedamaian walaupun berbeza aliran agama. Pesanan ini termasuk saya sendiri dan kepada rakan-rakan yang menerima masej ini. Wallahualam.

-Assalammualaikum 2013-
[Sesungguhnya orang yang beruntung adalah orang mencari HidayahNya]

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming