Home » » [Fakta Kimia] Perang BioKimia Yang Kejam

[Fakta Kimia] Perang BioKimia Yang Kejam

Written By pmgpcns on Rabu, 28 Ogos 2013 | 4:50 PTG

Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati. Terlebih dahulu saya ingin berpesan tidaklah rugi mengkaji sesuatu perkara yang kita tidak mengetahui akan hal tersebut betul?.  Sejak belakangan ini banyak negara yang boleh dikatakan kelengkapan ketenteraan yang hebat-hebat seperti Russia, Amerika Syarikat, China, dan kuasa-kuasa besar yang lain tidak lepas menggunakan senjata kimia sebagai modul dalam ketenteraan. Sebagai alat yang mudah dan jimat tetapi kesannya sangat merbahaya kepada orang awam.

Baru-baru ini kita dikejutkan Rejim Bashar Al-Assad menggunakan senjata kimia yang meragut ratusan orang awam. Sungguhpun begitu saya agak tertarik siapakah dalang yang memperkenalkan gas yang sangat bertoksik ini?. Gas bertoksik ini dikenali sebagai Gas Sarin atau Agen Saraf yang menganggu sistem saraf di dalam badan manusia.

Bilakah Gas Sarin ini diperkenalkan?
Gas sarin ini dihasilkan di Jerman pada tahun 1938, bahan kimia yang terkandung di dalam gas sarin ini dikelaskan sebagai Organofosfat "organophosphates.". Yang mana bahan tersebut akan menyebabkan sistem saraf di dalam tubuh akan menggalami gangguan. Gangguan ini bukanlah bersifat sementara kepada penghidap tetapi lebih kepada mematikan secara senyap. 

Sarin juga dikenali sebagai GB, senjata kimia ini tergolong dalam "G-series nerve(Saraf) yang di bangunkan semasa Perang Dunia Kedua. Sarin tidak berwarna, tidak berbau, dan jernih. Bahan yang terkandung di dalam Sarin ialah :
dimethyl methylphosphonate, phosphorus trichloride(fosforus triklorida), sodium fluoride (sodium florid) dan alkohol. (sila rujuk di dalam wiki)

Bilakah Gas Sarin digunakan?
Matsumoto, Jepun
Gas sarin digunakan semasa perang Iraq-Iran pada tahun 1980-an. Selain itu juga, negara Jepun pernah menggunakan gas Sarin ini. Aum Shinrikyo menggunakan Gas Sarin ke atas penduduk awam pada tahun 1994 di Matsumoto,Jepun. Seramai 6 orang maut dan beratus lagi di tempatkan di hospital.
Dan 5 serangan di Subway-Train meragut 16 orang yang menaiki kommuter dan 5000 ribu lagi cedera. Dan kini di Syria, ratusan penduduk awam maut semenjak perang saudara antara rejim Bahsar Al-Assad dengan Pejuang meletus.

Pendedahan Mengenai Penularan Gas Sarin :
Terdapat beberapa fakator yang boleh menyebabkan bagaiana implikasi ini cepat menular dan mudah merebak:-

  1. Udara: Melalui udara besar kemungkinan mangsa yang terhidu gas tersebut kemungkinan membawa maut.
  2. Air:Gas Sarin yang bersifat mudah terlarut di dalam air dan mangsa yang minu air tersebut akan mengalamai gejala yang sama. Tanpa dirawat segera "anti- Sarin" akan maut.
  3. Pakaian: Pakaian yang tercemar dengan Sarin juga boleh mendatangkan implikasi. Implikasi ini terjadi selepas 30 minit.
Dos besar sarin boleh menyebabkan kehilangan kesedaran, sawan, lumpuh dan kegagalan pernafasan dan kematian. Dos yang rendah boleh menyebabkan pelbagai gejala, dari hidung berair dan mata berair, untuk meleleh air liur, peluh berlebihan, loya dan muntah-muntah.

p/s:Jadi, tidak hairanlah senjata kimia ini lebih kejam dan sangat-sangat kejam kan?.





YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming