Home » » [Fakta Kesihatan]3 Rahsia Kelebihan Susu Ibu

[Fakta Kesihatan]3 Rahsia Kelebihan Susu Ibu

Written By pmgpcns on Isnin, 26 Ogos 2013 | 7:42 PG

Baby sihat hati riang
Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati. Tahukah rakan-rakan susu ibu adalah nutrisi semula jadi khas untuk perkembangan bayi, bukan untuk suami tau. dan menyusukan ibu juga di panggil Berjihad jika di salurkan dengan betul.Apakah kelebihan Susu Ibu ini?

Dari segi Fizikal bayi akan memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat amat dituntut demi meneruskan demi meneruskan perjuangan hingga ke hujung nyawa.

Dari segi Intelektual , perkembangan sel otak dan sistem saraf menjana kecerdasan, kepintaran, dan ketajaman akal kerana diberikan susu ibu selama 2 tahun genap.

Dari segi Spiritual akan menghasilkan satu jalinan ibu dan anak sewaktu penyusuan bagi memudahkan tarbiyah diterapkan bagi melahirkan hamba Rabbani.

Jihad?apakah itu jihad?Jihad Dari segi bahasa, jihad berasal dari perkataan ‘al-juhd’ yang bererti keberatan dan kesusahan. Maka Jihad bererti usaha yang memerlukan curahan  daya dan tenaga kekuatan demi untuk  mencapai suatu matlamat dan cita-cita mulia  dan ideal, iaitu matlamat dan cita-cita Islam, keampunan Allah, keredhaan-Nya dan Rahmat-Nya. Jelaskan?jihad bukan sahaja setakat berperang sahaja. Ibu yang melahirkan bayi juga di gelar berjihad.  Tahukah wahai kaum hawa apakah balasan sekiranya tidak menyusukan anak?.

Terdapat 3 Rahsia yang terkandung di dalam Susu Ibu.
1. Makanan Pelengkap:-
 Wanita di kira berjihad jika dian ingin menyusukan bayi sehingga berumur 2 tahun. Selain mengandungi nutrisi seimbang, komposisi air yang bersih tanpa kurang adalah sebanyak 90% pelengkap makanan bayi. Ia sekali gus mempercepatkan pertumbuhan sel otak dan perkembangan sistem saraf dalam tempoh tersebut.

2. Untuk Menjaga Kesihatan:-
 Jihad ini boleh memupuk kasih sayang utuh selain mudah dihadam, mengandungi antibodi tinggi bagi menghalang kembung perut, alahan, radang, masalah jantung, pernafasan serta komplikasi penyakit kronik lain. Sekali gus dapat mencegah jangkitan kuman, virus, kanser dan risiko penyakit.

3. Ikhlas Kerana Allah:-
  Penyusuan tidak dijanjikan dengan sebarang habuan tetapi lebih kepada tautan kasih ibu sayang kepada anak. Bahkan, seseorang itu berjihad semata-mata kerana Allah. Boleh jadi atas dasar kegembiraan atau kesyukuran. Contohnya:"Alhamdulillah saya kini bergelar ibu. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menyusukan bayi ini genap dua tahun!".




YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming