Home » » [Fakta Kesihatan]Virus Mutasi Baharu H7N9

[Fakta Kesihatan]Virus Mutasi Baharu H7N9

Written By pmgpcns on Isnin, 1 April 2013 | 6:33 PG

CreativeArts : H7N9
Assalammualaikum Ya Akhi Ya Ukhti,

Saya peroleh berita mengenai penularan wabak terbaharu influenza (flu) H7N9 (Avian Flu/Selsema burung) di kacamata Tv sebentar tadi (1/4/2013). Jadi, pernah suatu ketika sebelum kejadian ini saya pernah membaca mengenai wabak merbahaya iaitu SARS, dan H5N1 bagaimana dahsyat penularannya sehingga hampir diseluruh dunia ianya terjadi termasuk di Malaysia . Secara Fakta mungkin semua sedari kebanyakkan:-

  1. Penularan Virus ini bermula di Asia Timur contoh,China.
  2. Penyebaran berlaku melalui migrasi manusia dan burung.
Tunggu!saya tidak lepas menggunakan Al-Quran sebagai rujukan kenapa hal ini berlaku.Berdasarkan Firman  Allah SWT:-

Ok!jelas bukan?saya tidak mahu memperjelaskan mengenai hal tafsiran mungkin kalian lebih handal daripada saya,jadi cukup disini. Berbalik kepada topik.Virus H7N9 diketahui sejenis virus mutasi baharu. Setakat ini 2 orang rakyat China sudah mengalami jangkitan ini. Kemungkinan, yang akan menular ketempat lain sekiranya tidak dikawal/cegah dari awal. Antara Simptom-simptom ialah:
  • Batuk-batuk
  • Demam secara mendadak
  • Pneumia

Mutasi Influenza(Flu)
Berdasarkan Wikipedia yang saya peroleh ini:-
Virus influenza A (H1N1) ialah satu subjenis virus influenza A dan merupakan penyebab yang paling biasa bagi influenza (selesema) di kalangan manusia. Sesetengah jenis H1N1 merupakan endemik dalam manusia dan menyebabkan segelintir daripada kesemua penyakit mirip influenza dan sebahagian besar daripada kesemua influenza bermusim. Jenis-jenis H1N1 menyebabkan kira-kira separuh daripada kesemua jangkitan selesema manusia pada tahun 2006.[1] Jenis H1N1 yang lain merupakan endemik dalam babi (influenza babi) dan dalam burung (influenza burung).


gambarajah:Virus Bermutasi

 Ulasan: Secara fakta juga VIRUS DAN MANUSIA = Seiringan KENAPA?Oklah, mungkin formula saya ini kalian tidak faham. Saya akan tunjuk contoh bagi memperjelaskan.
"Manusia makin lama makin Bijak, Manakala Virus makin lama makin Bermutasi"
Bijak dan Bermutasi,
Bila mana manusia bijak menangani penyakit seperti influanza H1N1, virus ini akan mencari formula baharu untuk bermutasi sebagai contoh H5N1. Sehingga penyelidik mengambil masa untuk mencari penawar  baharu untuk meneutralkan virus ini.Berdasarkan Firman Allah SWT:

Imej Pandang Saya
Dan Berdasarkan Hadith pula:-
Rasulullah s.a.w bersabda:"Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah" (HR Muslim).

Ulasan:Setiap penyakit baik yang zahir mahupun batin pasti ada ubatnya kecuali mati. Seseorang itu akan sembuh atas izin Allah SWT. Jadi, sebelum berlaku di nasihatkan (Sila Rujuk rajah di sebelah)




Kesimpulan:Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya itu kita dapat lihat. Jadi,mungkin penulisan ini agak
kurang infonya kerana saya sengaja mengambil 30 peratus  info untuk dikongsi yang 70 peratusnya lagi atas usaha anda sendiri untuk mengkaji,membaca,menyelidik atau sebagainya. Kemungkinan apa yang saya tulis ada yang tidak benar dan saya memohon maaf atas kesilapan saya sendiri. Sentiasa berlapang dada menerima teguran atau pendapat anda sekalian.

"NIKMAT SAKIT ITU SUPAYA MENDEKATI DIRI KEPADA ALLAH SWT"
     Sumber Rujukan: Youtube,Google search,Wikipedia


YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming