Home » » [Fakta Ilmiah]Mencorak Insaniah

[Fakta Ilmiah]Mencorak Insaniah

Written By pmgpcns on Sabtu, 30 Mac 2013 | 9:10 PTG

Assalammualaikum Ya Akhi Ya Ukhti,
Merujuk ayat hikmah ini kita boleh simpulkan dengan beberapa kesimpulan:-
“Solat menjadi pemula segala kebaikan. Seorang hukama berkata: Untuk membaiki dunia, perlu membaiki manusia. Untuk membaiki manusia perlu membaiki hatinya. Untuk membaiki hati manusia perlu dimulakan dengan membaiki solatnya’-
Terdapat 3 fakta  yang perlu kita tahu:

  1. Kita sering menyatakan Negara kita semakin maju mengorak langkah, tetapi adakah minda akhlak muda-mudi sekarang semakin meningkat?
  2. Kita pinta hukum hudud dilaksanakan tetapi ramaikah yang menghududkannya di dalam rumah terlebih dahulu?
  3. Mengikut kajian tidak rasmi, 80 peratus umat Islam tidak menunaikan solat.
Nah, fakta ketiga-tiga di atas hendak saya huraikan bagi mencari pencerahan bersama baik diri saya dan saudara-saudari yang membaca entri ini.

  Kita akui ekonomi Negara Malaysia semakin lama semakin meningkat, berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pendaptan per kapita  semakin meningkat serta pendapatan Isi Rumah  juga semakin meningkat.  Tetapi, saya lebih mengfokuskan kepada sistem pendidikan di Negara ini. Sebab? Ya, saya bangga melihat pelajar sekarang semakin lama semakin pandai. Dahalu, kalau hendak lihat  keputusan 9A pun payah sekarang ?.Jadi, pernah atau tidak penerapan akhlak di minda dikalangan anak muda-mudi ketika ini?. Mendidik dan mengajar adalah perkara yang berbeza tetapi tujuan yang sama yakni mencorak anak untuk menjadi seorang insan yang penuh berakhlak mulia yang Islam amat sarankan. Kita akui memang susah,penat,letih,lesu dan sebagainya melayan kerenah anak-anak. Bak pepatah zaman dahulu kala “Melentur buluh biar rebungnya”. Terdapat 3 tahap serta pendekatan yang wajib bagi ibubapa  mendidik dan mengajar:-
-Tahap 1(1 hingga 7 tahun): Kasih Sayang.
-Tahap 2 (8 hingga 15 tahun):Displin dengan adab-adab Islam.
-Tahap 3 (16 tahun ke atas ):Bersahabat dan berkongsi pengalaman, ilmu dan masalah mereka.
Jelas bukan?fakta inilah yang cederung kepada pelbagai masalah apabila kurangnya akhlak pelbagai gejala berleluasa tidak kira baik dalam institusi rumah itu, sekolah , tempat kerja  dan sebagainya.Sebagai contoh, cara menghormati orang  lebih tua juga semakin  berkurangan dan lebih teruk lagi ibubapa dipukul di dera itukah yang kita mahu?renungkan.

Manusia sememang suka merungut daripada menghargai. Berdasarkan penyataan ini “
Creative by +Mohamad Ariffin Sulaiman  
“ Untuk membaiki dunia, perlu membaiki manusia. Untuk membaiki manusia perlu membaiki hatinya. Untuk membaiki hati manusia perlu dimulakan dengan membaiki solatnya’. Jadi saya Tanya pernah kita menghududkan hati kita sendiri?membaiki hati kita bukan dengan belajar ilmu  berzaman-zaman tetapi membaiki dan memulihkan hati sebenarnya dengan Solat. Alahai saya sendiri terkejut rupa-rupa inilah resepi bagaimana kita hendak menghududkan  hati kita supaya patuh dan taat akan perintah Allah SWT dan dengan meninggal solat dengan sengaja itu berdosa besar.Anak yang  tidak mahu Solat sehingga berumur 10 tahun perlu dinasihati,jika tidak mahu juga baru merotan mereka (merotan ada hadnya yakni tidak mencederakan anak, seelok merotan di bahagian kaki dengan kadar memadai). Di dalam Al-Quran dan Al-Hadith menjelaskan bagaimana solat itu  adalah“Tiang Agama” yakni tiada asas kukuh tiang sudah tentu pembangunan rohani dan jasmani terbantu/tidak lengkap.Solat itu ibadah ritual (aktiviti wajib bagi umat Islam), jika dilaksanakan dengan kusyuk akan meningkatkan nilai spiritual.Insyaallah, Bila hati sudah sudah dekat serta menzahirkan diri kerana Allah SWT, nah barulah melangkah ke satu tahap ke  tahap  tertinggi Pentadbiran Kerajaan dengan mengenakan Hukuman Hudud dan Qisas yang Islam tetapkan. 

  Secara tidak rasmi 80 peratus umat Islam tidak sembahyang dan yang 20 peratus sudah tentu melakukan apa yang diperintahkan. Peratus ini menunjukkan bahawa kita tidak pernah memandang serius serta azab yang diterima. Itu yang tidak sembahyang, manakala yang sembahyang pula 20 peratus di dalam 20 peratus itu berapa banyak bilangan mereka kusyuk di dalam solatnya?. Orang yang solat atas dasar cinta diumpamakan mereka yang menghantar isterinya ketempat kerja ; dan orang yang solat atas dasar terpaksa umpama orang yang memikul beban yang berat untuk dipindahkan.

Kesimpulan yang ingin saya kongsikan terapkanlah minda anak-anak muda dalam membimbing mereka kearah pembangunan ummah baik rohani mereka dan jasmani mereka. Kita ini manusia yang  tidak lekang dengan kesilapan, tetapi dengan kesilapan itu menjadi pengajaran kepada kita sendiri untuk menjadi yang lebih baik. Sebelum saya akhiri pembebelan ini saya memohon maaf , sekiranya terdapat kesilapan saya berlapang dada menerima segala teguran. Siapa tahu?dengan teguran sedikit sebanyak membaiki diri saya?.Walau  apapun palitkan senyuman kalian sebelum akhiri entri ini.



“MOGA  ILMU YANG SEDIKIT INI DAPAT MENGUBAH DIRI KITA SEDIKIT DEMI SEDIKIT INSYALLAH”
Sumber Rujukan: Majalah Solusi Edisi 54 (Muka 30 dan 36)

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming