|
Muhararat merupakan kawasan pertanian terbesar di Palestin |
Assalammualaikum,kepada pembaca-pembaca yang setia berkunjung di dalam blog ini. Admin begitu terkejut sekali bila salah satu akhbar dimaklumkan terdapat sebuah ladang terbesar di Gaza. Kita sendiri mengetahui bahawa pihak Israel tidak pernah padam untuk menghancurkan rakyat Palestin, tetapi Allah SWT lebih besar perancangannya. Untuk sampai di Gaza, pintu yang paling mudah di masuki ialah melalui pintu Rafah, Mesir. Kini, keadaan di Gaza semakin aman tanpa kelibat tentera-tentera Zionist. Penduduk Palestin terpaksa bercucuk tanam, ekoran sumber makanan sukar diperolehi. Ladang tersebut terletak di Muhararat, Gaza.
“Di bumi Gaza, Allah SWT memberi pelbagai nikmat kepada hamba-hambanya yang beriman. Penduduk juga tiada halangan untuk melakukan ibadat,”. Kenyataan ini di buat oleh salah seorang yang menyertai badan NGO sebagai misi Kemanusian baru-baru ini. Ekoran ekonomi di Gaza dahulunya malap akibat daripada rejim Israel, kini nampak sinarnya. Selain itu, terdapat juga sebuah Masjid tertua di Gaza iaitu Masjid Umari merupakan pusat beribadat di Gaza.Muhararat ialah antara destinasi menarik untuk pelancong melihat sisi berbeza kota Gaza. .
“Muhararat pernah didiami orang Yahudi sebelum dibebaskan oleh penduduk Palestin selepas peperangan Intifada 2 pada tahun 2005. Sejak itu, kawasan tersebut didiami orang Palestin,”
|
Masjid al-Umari,Palestin |
“Masjid al-Umari merupakan tempat bersejarah yang dikunjungi oleh pelancong. Masjid berusia lebih 3,000 tahun itu pada asalnya tempat menyembah matahari. Ia pernah dijadikan gereja sebelum dijadikan masjid oleh sahabat Rasulullah, Saidina Umar al-Khattab. Struktur binaad masjid tersebut masih utuh sehingga kini. Terdapat juga aktiviti perikananan walaupun di hadkan hanya 6 batu nautika tetapi hasil tangkapan cukup banyak sehingga mampu di eksport ke Mesir.
Berdasarkan ayat Al-quran ini mengenai Musibah yang berlaku :
Allah berfirman:“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira pada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi rojiun (Sesungguhnya semua berasal dr Allah dan akan kembali kpd_NYa). Mereka itulah yang mendapat keberkahan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”(QS.Al-Baqarah:155-157)
Sumber : Google Search | 17 ogos 2013