Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca setia di blog ini. Oh ye, topik terbaharu yang admin mahu bahaskan ialah mengenai 3 keajaiban dunia pada tahun 2013 bukan tahun-tahun sebelumnya tau?hehe..Jom layan tetapi sebelum itu jangan lupa 3 tempat keajaiban untuk orang muslim lak?
1 Acropolis, Greece
Acropolis di dalam bahasa Yunani bermaksud Acro-Hujung dan Polis-Kota. Di dalam banyak-banyak acropolis yang dibina ketika itu, acropolis inilah yang paling terbesar iaitu seluas 3 hektar bukan 3 kaki tau? Dan menjadi tempat warisan dunia pada tahun 2007
2. Chichen Iltza , Mexico
Dibina sewaktu tamadun Maya, di era pra-Colombia
Tapak pembinaannya terletak di perbandaran Tinum, negeri Yucatán, Mexico.
3. Coliseum , Rome
Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72,[1] dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.[2] Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.
Tetapi sedarkah kalian?Ini semua permainan jer.Perlu ke kagum semua tempat-tempat ini?melainkan 3 tempat mereka (golongan tertentu) sudah mengetahui akan kebenaran tetapi masih menutupinya.
Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada Masjidil Haram (di Mekah,selatan Arab Saudi). Hingga ke masjid paling jauh iaitu Masjid al-Aqsa, dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.
Berdasarkan :-
1.Tidak perlu mengangungkan ideologi barat.
2.Kalau berpeluang lawati 3 tempat suci tersebut dan paling bersejarah dalam Islam.
3.Tipu daya mereka(golongan tertentu) hanya semata-mata untuk menjatuhkan pemikiran manusia.
Sudut renungan-
p/s:Allah telah memberi amaran kepada kaum mukminin agar jangan terpedaya dan menjadi pengikut syaitan. Ia berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, janganJah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan." (Surah An-Nur: 21) Ia juga melarang kaum mukminin agar jangan menjadi teman dan pengikut orang-orang Yahudi dan Nasrani. Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin (kamu)." (QS. Al. Ma'idah: 51)
1 Acropolis, Greece
Acropolis , Greece |
Chichen Itza in Mexico |
2. Chichen Iltza , Mexico
Dibina sewaktu tamadun Maya, di era pra-Colombia
Tapak pembinaannya terletak di perbandaran Tinum, negeri Yucatán, Mexico.
Coliseum , Rome |
Colosseum (nama asalnya Flavian Amphitheatre) ialah sebuah monumen bersejarah yang terdiri dari bangunan terbuka separa bulat, berpentas, mempunyai tempat duduk yang digunakan sebagai tempat pertunjukan pada zaman Rom Kuno. Colosseum merupakan struktur terbesar yang pernah dibina di Empayar Rom. Pembinaannya telah dimulakan oleh Maharaja Vespasian di antara tahun 70 dan 72,[1] dan disiapkan pada tahun 80 oleh anaknya lelakinya, Titus.[2] Colosseum adalah salah satu dari Tujuh Keajaiban Dunia yang berasal daripada Zaman Pertengahan Awal. Ia terletak di Rom, di mana merupakan ibu negara bagi negara Itali moden.
Tetapi sedarkah kalian?Ini semua permainan jer.Perlu ke kagum semua tempat-tempat ini?melainkan 3 tempat mereka (golongan tertentu) sudah mengetahui akan kebenaran tetapi masih menutupinya.
Masjidil Haram |
Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.
Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.
Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Ka'abah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan. Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Usman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi.
Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.
Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.
Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.
Amir ZainalAbidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.
Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah di usahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.
Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan Arab Saudi. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.
Masjidil Aqsa |
Nama "Masjid Al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia mungkin diambil daripada Israk dan Mikraj, satu tradisi Muslim tentang perjalanan lebih kurang pada 621 Nabi Muhammad s.a.w.(570-632). Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. melalui perjalanan dengan menaiki Buraq daripada Masjidil Haram (di Mekah,selatan Arab Saudi). Hingga ke masjid paling jauh iaitu Masjid al-Aqsa, dan daripada satu batu di sana, Nabi Muhammad menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran.
Masjidil Nabawi |
Masjid an-Nabawi (Bahasa Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.
Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.
Berdasarkan :-
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-BukhariKesimpulan:-