Home » » [Fakta Kesihatan]Menangis Adalah Penawar

[Fakta Kesihatan]Menangis Adalah Penawar

Written By pmgpcns on Isnin, 25 Februari 2013 | 6:37 PG

(Kebaikan menangis terapi di dalam Islam)
Assalammualaikum,
Menangis itu satu anugerah daripada Allah SWT, tiada satu hasil ciptaanNya tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan, yakni pasti ada hikmahnya.
Tipulah kalau kalian tidak pernah menangis (baik wanita atau lelaki) tetapi adakah kita sedar dimana letaknya nangis kita itu di sisi Allah SWT?hanya menangis mengenang cinta monyet ? menangis kerana kehilangan harta?menangis kerana dunia?.Tetapi sebaik-baik menangis adalah berdasarkan di dalam hadis di bawah ini:-
      Abu Hummah(Shadujja) Bin Adilan Albahily r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w:"Tiada suatu yang lebih disukai oleh Allah dari dua titis dan dua bekas. Titisan airmata kerana takut kepada Allah dan titisan darah dalam mempertahankan agama Allah. Adapun dua bekas adalah bekas dalam perjuangan fisabilillah dan bekas perjuangan kewajiban kepada Allah."(Riwayat Attirmizi).
        
Sebaik-baik hambaNya ialah hamba yang sentiasa mengenangkan dosa-dosa yang mereka telah lakukan serta takut kepada sang Pencipta. Menangis bertempat amat-amat digalakkan di dalam Islam, agak tidak munasabahlah sekiranya anda menangis hanya ingin mengelak sesuatu atas kepentingan diri sendiri. Sebagai contoh menangis ingin dilepaskan daripada kesalahan yang telah dia lakukan (Peragut merayu untuk dilepaskan dan tidak diapa-apakan). Terdapat beberapa kebaikan menangis yang kita sendiri tidak sedar:-
  1. Dapat menyahkan zat berbahaya dari tubuh badan.Zat-zat kimia yang dihasilkan oleh tubuh badan ketika dalam ketakutan boleh disingkirkan melalui tangisan.
  2. Meningkatkan kadar dekupan jantung , ianya dianggap satu latihan yang berguna bagi rongga badan, urat-urat dada dan kedua belah bahu  . Selepas menangis, degupan jantung kembali kepada sediakala sehingga merasakan ketenangan.
  3.  Dengan menangis akan menghalang penyakit menyerang tubuh badan kita. 
Siapakah kita?siapakah kita?dan siapakah kita adakah anda masih EGO untuk menahan air kristal di dua belah mata anda?tanyalah hati anda. 
"Anas r.a berkata: Pada suatu hari Rasulullah s.a.w
berkhutbah, lalu baginda bersabda dalam khutbahnya itu: " Andaikan kamu mengetahui
sebagaimana yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis."
Anas berkata: seketika itu para sahabat menutup muka masing-masing sambil menangis teresak-esak. Hari ini manusia terus menangis dan menangis, tetapi tangisan mereka amat jauh bezanya dengan tangisan para Nabi, Rasul dan sahabat.Jika orang soleh zaman dahulu menangis kerana mengenang nasibnya diakhirat tetapi orang hari ini menangis kerana takut kehilangan dunia. Tangisan ini datangnya dari sifat tamak dan tidak redha.Kalau orang soleh takut berpisah dengan iman dan kecintaannya pada Allah, orang hari ini takut berpisah dengan dosa dan maksiat. Jika para Nabi dan rasul serta para sahabat takut menghadapi akhirat, orang hari ini seolah-olah berani dan tidak takut menghadapinya. Tetapi bila orang soleh berani menghadapi gelombang hidup duniawi, orang hari ini takut dan lemah hati dalam menghadapi kegagalan dan kekecewaan dalam hidup.


YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming