Peperangan Yarmouk |
Assalammualaikum Ya Aikhi Ya Ukhti,
Tahukah Peperangan Yarmuk merupakan peretmpuran antara Islam dan Rom?. Dimana sejumlah bilangan tentera Islam hanya 40,000 orang. Manakala, tentera Rom seramai 70,000 orang. Tentera Islam dipimpin oleh Khalid Al-Walid digelar sebagai “Pedang Allah/ The Sword Of Allah”Berjaya mengatasi 70,000 orang battalion Rom yang lengkap bersenjata. Itulah bagaimana Allah SWT menolong kepada umatnya yang ingin menegakkan syiar Islam yakni kerana Allah SWT.
Kekalahan tentera Rom di Yarmuk menjadi peluang penguasaan umat Islam terhadap Baitulmuqaddis terbuka luas. Rom mengalami kekalahan teruk di tangan umat Islam lantas memaksa mereka menyerahkan kota Al-Quds. Walau bagaimanapun, Patriarch Sophronius adalah pemimpian Kristian mengenakan syarat bahawa Baitulmuqqadis akan diserahkan kepada tangan Khalifah Islam sendiri iaitiu ketika itu Khalifah dipimpin oleh Umar al-Khattab .Beliau mesti menemui penduduk IIiya’ (nama Baitulmuqqadis ketika itu). Abu Ubaidah bin Al-Jarrah r.a ketika itu mengepung Baitulmuqqadis menerima dengan syarat tersebut.
Setelah membuat kata putus dalam Majlis Syura, Khalifah Umar Al-Khattab bersetuju dengan syarat Patriarch Sophonius. Beliau berangkat dari Madinah menaiki seekor unta serta ditemani seorang khadam. Yang menakjubnya walaupun mempunyai tentera yang kuat, beliau hanya pergi berdua sahaja. Semasa perjalanan, beliau bergilir-gilir menaiki unta . Apabila khadam naik, Umar Al-Khattab menarik unta tersebut, dan begitu juga bila Umar menaiki unta si khadam pula menarik unta tersebut. Begitulah seorang khalifah dengan gelarani “Singa Allah” yang digeruni masih ada sifat merendah diri.
Baitulmuqqadis |
Setibanya di al-Quds, giliran khadam menaiki untanya dan meminta kepada Umar Al-Khattab untu menaiki kuda, lalu beliau melarang dengan tegas malah khadam mengarahkan khadamnya mengikut syarat yang ditetapkan. Penduduk al-Quds tertumpu kepada seorang yang tidak pernah dilihat sepanjang peradaban dunia. Lazimnya, pemimpin membawa bala tentera dan sejumlah kelengkapan diraja. Tetapi, pemimpin Islam terunggul yang Berjaya menundukkan keangkuhan Rom datanng hanya lengkap berpakaian yang lusuh dan kakinya dipenuhi dengan debu. Pembesar-pembesar Kristian terpegun melihat ketibaan Umar Al-Khattab dalam 2 hal perkara:-
a.Hanya datang tanpa membawa rombongan tentera tetapi membawa Khadam sahaja.
b.Bergilir-gilir menarik unta dengan khadamnya dari Madinah ke Baitulmuqqadis.
Apabila melihat rakyat Kristian al-Quds menunuduk diri kepadanya, Umar berkta dengan tegas:”Alangkah malangnya kamu semua! Angkat kepala kalian. Kamu tidak perlu bersujud kepada manusia. Perbuatan ini hanyak layak dipersembahkan kepada Allah SWT”.-begitulah dialog yang disampaikan kepada penduduk-penduduk al-Quds. Semasa Sophronius menyerahkan kunci pintu kota Baitulmuqqadis kepada Umar r.a menyatakan terdapat 3 tanda yang disebutkan didalam Injil:-
a.Berjalan manakala khadamnya menunggang kenderaan miliknya.
b.kedua-dua kakinya diselaputi debu-debu tanah.
c.Orang itu datang dengan bajunya dipenuhi tampalan.
-Fakta ini adalah benar apabila Umar r.a datang ke al-Quds dengan memakai baju dengan 17 jahitan tampalan.
Rujukan:Majalah Solusi Edisi ke 54