Home » » [Fakta Tauladan]Sultan Brunei Segerakan Hukum Hudud

[Fakta Tauladan]Sultan Brunei Segerakan Hukum Hudud

Written By pmgpcns on Jumaat, 7 September 2012 | 10:30 PTG

Hukum Hudud
 Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati. Untuk mingguan hari ini saya ingin mengupas mengenai hukum hudud yang di laksanakan di Brunei. Tahukah anda bahawa Brunei antara negara yang masih mengamalkan sistem Monarki Mutlak di mana Sultan adalah ketua Agama dan Perdana Menteri. Anda boleh baca mengenai biodata beliau di bawah ini.


Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah (lahir 15 Julai 1946) merupakan Sultan dan Yang Dipertuan Negara Brunei ke-29 dan Perdana Menteri pertama negara tersebut. Baginda juga adalah anakanda sulung kepada Sultan sebelumnya iaitu Sultan Omar 'Ali Saifuddien III. Selain menjadi seorang Sultan dan Perdana Menteri, baginda juga menjawat jawatan sebagai Menteri Pertahanan dan Menteri Kewangan Brunei.
Baginda diangkat sebagai Putera Mahkota pada tahun 1961 dan ditabalkan sebagai sultan pada 5 Oktober 1967, selepas ayahandanya turun daripada takhta dengan sukarela. Permaisuri baginda ialah KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Saleha. Kedua-dua kerabat ini dikurniakan sebanyak enam orang putera puteri. Salah seorang dari putera baginda adalah pewaris kerajaan, iaitu DYTM Paduka Seri pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Pengiran Muda Mahkota bertemu jodoh dengan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, yang kemudiannya dikurniakan cahaya mata, YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim.
Selain itu baginda jua memperoleh empat orang lagi putera puteri dari hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Mariam.
Baru seorang dari putera dan dua orang puteri baginda yang sudah berkahwin dan kesemuanya dirayakan secara besar-besaran dan penuh kemeriahan.

Baginda kemudian menikahi Azrinaz Mazhar Hakim dari Malaysia dan dikurniakan seorang putera dan seorang puteri.
Segak Beliau bersama isterinya Permaisuri Saleha

Apakah itu hukum hudud?
Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.
  
Kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud:-
  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak (hirabah), iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (Daulah Islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.

 Begitu rasional serta relevanlah bahawa undang-undang Allah SWT adalah yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Walau bagaimanapun masih lagi memperlekeh sistem ini kerana ianya nampak kejam serta menakutkan tetapi dari hikmahnya sangat banyak bila difikirkan. Saya menghormati Sultan ini kerana kewibawaannya sebagai pemimpin yang berkaliber. Tidak terkecuali beliau memecat adiknya kerana terlibat 
dalam menggelapkan $40 billion tabung negara:-

Putera Jefri yang merupakan menteri kewangan 1986 hingga 1997 telah dipecat dengan selambanya oleh abang kandungnya sendiri iaitu Sultan Hassanal Bolkiah kerana mengelapkan $40billion tabung negara dengan pelaburan-pelaburan yang dianggap meragui. Inilah yang kita hendak. Salah tetap salah, walaupun adik sendiri yang buat “dajal”. Yang pentingnya kepentingan negara.



Saya bukanlah menyokong mana-mana "Flag" tetapi saya akan menyokong kepada kebenaran. Kebenaran bukan datang daripada manusia tetapi dari Allah SWT. Moga-moga kemakmuran Brunei terus berkekalan dengan Sultan yang bijaksana.Aminn...Moga-moga negara kami(Malaysia) akan mengikut jejak sepertimana Negara Brunei telah laksanakan sekarang.
-Barakallahu Feekum-

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming