Home » » [Fakta Penyingkapan]The Great Wall of China dengan Yakjuj dan Makjuj

[Fakta Penyingkapan]The Great Wall of China dengan Yakjuj dan Makjuj

Written By pmgpcns on Rabu, 19 September 2012 | 9:57 PG

Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca setia.Untuk minggu ini, saya ingin mengupas mengenai The Great Wall Of China dan seperti yang anda ketahui Tembok besar China merupakan tembok yang terpanjang di dunia. Merupakan 7 keajaiban di dunia ketika ini. Panjang Tembok Besar China kira-kira 6,100 kilometer (KM) .
daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).
Kajian yang telah di buat mengapa tembok ini dibina ialah disebabkan oleh beberapa faktor.

Berdasarkan peta di sebalah ini, tembok-tembok ini dibina sepanjang kawasan yang berbukit-bukit dimana yang bertujuan untuk mengelakkan serangan daripada bangsa-bangsa Gasar yang gemar berperang. Di dalam kajian dalam beberapa buku yang telah saya baca ianya ada kaintan antara serangan Yakjuj dan Makjuj iaitu dua bangsa yang bersatu yang sentiasa menghuru-hara beberapa tamadun besar seperti Tamadun Abbasiyah, Tamadun China serta beberapa tamadun lain di sekitar Asia Tengah. Antara satu sebab mengapa Sultan Iskandar Zulkarnain di perintahkan untuk menghadapi mereka (Yakjuj&Makjuj/Gog&Magog) bagi menyekat daripada mereka merosakkan bumi.

Berbalik dengan Sejarah Pembinaan Tembok Besar China:-

Sebuah tembok pertahanan telah dibina di sempadan utara pada dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti-dinasti seterusnya. Lima pembinaan semula utama telah dicatatkan:
  1. 208 SM (Dinasti Qin)
  2. Abad ke-1 SM (Dinasti Han)
  3. Abad ke-7 (Dinasti Sui)
  4. 1138 - 1198 (Zaman Lima Dinasti dan Sepuluh Negara)
  5. 1368 - 1640 (Dari Maharaja Hongwu sehingga Maharaja Wanli pada Dinasti Ming)
Tembok besar pertama telah dibina sewaktu pemerintahan Maharaja Pertama Dinasti Qin. Tembok Besar telah dibina dengan menggabungkan beberapa tembok sedia ada yang dibina pada Zaman Negara-Negara Berperang. Tembok Besar asal ini terletak lebih utara dari Tembok Besar yang masih wujud hari ini, dan hujung timurnya sampai di Korea Utara hari ini. Tetapi sebahagian besar tembok besar pertama ini sudah binasa.
Kerajaan telah mengarahkan para petani membina tembok ini, dan ramai yang mati ketika membinanya. Oleh itu, ia juga digelar 'kubur terpanjang di Bumi'.
Pemandangan dari menara pemerhati
Tembok Besar yang kita lihat hari ini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Bahagian atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negeri China. Ia lebih kukuh dan tahan lebih lama. Fungsi utama tembok ini ialah untuk menahan serangan puak-puak nomad dari utara.
Tembok Besar Dinasty Ming bermula di timur dari Kubu Shanhai, dekat Qinhuangdao di Wilayah Hebei. Ia melalui 9 wilayah, 100 daerah dan bahagian 500 km terakhir di barat sudah musnah sepenuhnya. Hujung di bahagian baratnya hari ini terletak di tempat bersejarah Jiayuguan (kubu Jiayu) di barat laut wilayah Gansu, pada hujung Jalan Sutera.


Sumber:Wikipidea

Kesimpulannya sekiranya pembinaan tembok besar ini gagal kemungkinan besar beberapa Tamadun di China akan mundur akibat serangan orang-orang gasar. Ianya ada kaitan mengenai Yakjuj&Makjuj pada zaman tersebut sebelum kedatangan Sultan Iskandar Zulkarnain untuk menyekat mereka. Saya tidak ingin mengulas panjang lebar mengenaik Yakjuj&Makjuj kerana anda bolehlah rujuk entri yang telah saya tulis khas mengenai kisah mereka di dalam blog ini.Sekian, Terima Kasih

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming