Home » » [Fakta Terungkai]Menunaikan Ibadah Kelima atau Melancong?Isu Panas*

[Fakta Terungkai]Menunaikan Ibadah Kelima atau Melancong?Isu Panas*

Written By Unknown on Isnin, 27 Ogos 2012 | 2:31 PG

Assalammualaikum kepada rakan-rakan yang saya hormati,untuk minggu ini saya ingin mengupas berkenaan Menara Jam (Albraj Al-Bait)di Mekkah,Arab Saudi.Ok sebelum saya menyambung ulasan ini, sila perhatikan betul-betul gambar di kiri anda ini.Mata anda akan perhatikan objek yang besar, sudah menjadi lumrah kepada manusia kerana manusia akan memerhatikan objek yang besar/tinggi kemudian barulah kecil.Teori ini bukanlah satu teori dimana ianya menganggap hanya kebetulan atau satu sifat sementara.Penenggelaman objek kecil(kawasan Mekah Al-Mukarramah)menunjukkan bahawa ianya satu helah  atau tipu daya.

Terdapat tujuh menara dengan satu menara yang dinamakan Hotel Tower memiliki ketinggian di atas 6 menara lainnya yang diperkhususkan untuk apartemen (tinggi menara hotel adalah 601 m). Hotel Tower akan dijadikan hotel berbintang tujuh. Bangunan dibawah tujuh menara ini diisi dengan 5 lantai pusat perbelanjaan, ruang konferensi, dan fasilitas-fasilitas yang lain (termasuk ruang beribadah yang sanggup menampung hingga 10.000 orang)
Konstruksi Abraj Al Bait ini dimulai pada tahun 2004 yang lalu, dan secara bertahap-tahap ketujuh menara ini diselesaikan dan yang paling terakhir selesai dari tujuh menara ini adalah menara Maqam. Kompleks bangunan ini selesai pada tahun 2012 dengan biaya pembangunannya sebanyak 15 miliar dolar AS. Pembukaan kompleks bangunan ini dilaksanakan pada tahun 2012.
Pada awalnya, menara tertinggi di kompleks ini, yakni Hotel Tower direncanakan memiliki tinggi 485 meter pada tahun 2006. Pada tahun 2009, diumumkan bahwa Hotel Tower akan dibangun hingga mencapai ketinggian 601 meter.

Isu ini menjadi tanda tanya kenapa?Adakah hotel ini hanya dibina semata-mata untuk jemaah?saudara-saudari yang saya hormati,berdasarkan analisa harga sebuah penginapan sebilik ialah RM400 keatas.http://www.booking.com/hotel/sa/makkah-clock-royal-tower-a-fairmont.en.html#availability_target
Adakah kita mampu?sedangkan kita mengerjakan haji dan umrah adalah untuk bersusah payah untuk beribadat rukun Islam yang kelima.

Menara Tinggi Lantai Penyelesaian Status
Hotel Tower 601 m (1.972 kaki) 120 2011 selesai
Hajar 260 m (853 kaki) 48 2011 selesai
ZamZam 260 m (853 kaki) 48 2011 selesai
Maqam 250 m (820 kaki) 45 2012 selesai
Qibla 250 m (820 kaki) 45 2011 selesai
Marwah 240 m (787 kaki) 42 2008 selesai
Safa 240 m (787 kaki) 42 2007 selesai
Ketinggian KLCC dengan Albraj Al-Bait

Ibadah haji adalah merupakan Rukun Islam yang kelima dan dikatakan juga sebagai rukun yang terakhir. Diantara kelima-lima rukun tersebut, ibadah haji ini agak luar biasa sedikit. Ia dikatakan semikian kerana untuk melakukannya seseorang itu mesti berkunjung ke Mekah Al Mukarramah di Arab Saudi. Disamping itu ia dikerjakan cuma sekali setahun iaitu pada bulan haji (Zulhijjah) dan diwajibkan keatas umat Islam yang mampu sekali seumur hidup. Kewajipan ke atas umat Islam untuk mengerjakan haji ini adalah berdasarkan firman Allah : "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah iaitu bagi orang-orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari kewajipan haji maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dari alam semesta." (Ali Imran 97)

Allah menjanjikan bahawa orang yang mengerjakan haji akan dapat menyaksikan keuntungan-keuntungan iaitu himah-hikmah yang boleh diperolehi disebalik ibadah haji itu. Di antara hikmah-hikmah haji ialah:

1. Menjadi tetamu Allah - Kaabah atau Baitullah itu dikatakan juga sebagai 'Rumah Allah'. Walaubagaimana pun haruslah difahami bahawa bukanlah Allah itu bertempat atau tinggal disitu. Sesungguhnya Allah itu ada dimana mana. Ia dikatakan sebagai 'Rumah Allah' kerana mengambil apa yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s. oleh yang demikian orang yang mengerjakan haji adalah merupakan tetamu istimewa Allah. Dan sudah menjadi kebiasaan setiap tetamu mendapat layanan yang istimewa dari tuan rumah. Rasulullah bersabda: "Orang yang mengerjakan haji dan orang yang mengerjakan umrah adalah tetamu Allah Azza wa jalla dan para pengunjung-Nya. Jika mereka meminta kepada-Nya nescaya diberi-Nya. Jika mereka meminta ampun nescaya diterima-Nya doa mereka. Dan jika mereka meminta syafaat nescaya mereka diberi syafaat." (Ibnu Majah)

2. Mendapat tarbiah langsung daripada Allah - Di kalangan mereka yang pernah mengerjakan haji, mereka mengatakan bahawa Ibadah Haji adalah kemuncak ujian daripada Allah s.w.t. Ini disebabkan jumlah orang yang sama-sama mengerjakan ibadah tersebut adalah terlalu ramai hingga menjangkau angka jutaan orang. Rasulullah bersabda: "Bahawa Allah Azza wa jalla telah menjanjikan akan 'Rumah' ini, akan berhaji kepadanya tiap-tiap tahun enam ratus ribu. Jika kurang nescaya dicukupkan mereka oleh Allah dari para malaikat." Sabda Rasulullah laga, "Dari umrah pertama hingga umrah yang kedua menjadi penebus dosa yang terjadi diantara keduanya,sedangkan haji yang mabrur (haji yang terima) itu tidak ada balasannya kecuali syurga." (Bukhari dan Muslim)

3. Membersihkan dosa - Mengerjakan Ibadah Haji merupakan kesempatan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada Allah. Terdapat beberapa tempat dalam mengerjakan ibadah haji itu merupakan tempat yang mustajab untuk berdoa dan bertaubat. Malah ibadah haji itu sendiri jika dikerjakan dengan sempurna tidak dicampuri dengan perbuatan-perbuatan keji maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya sehingga ia suci bersih seperti baru lahir ke dunia ini. Rasulullah bersabda: "Barangsiapa yang melakukan Ibadah Haji ke Baitullah dengan tidak mengucapkan perkataan keji, tidak berbuat fasik, dia akan kembali ke negerinya dengan fitrah jiwanya yang suci ibarat bayi baru lahir daripada perut ibunya." (Bukhari Muslim)

4. Memperteguhkan iman - Ibadah Haji secara tidak langsung telah menghimpunkan manusia Islam dari seluruh pelusuk dunia. Mereka terdiri dari berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa pertuturan. Hal ini membuka pandangan dan fikiran tentang kebenaran Al-Quran yang diterangkan semua dengan jelas dan nyata. Firman -Nya: "Hai manusia,sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal." (Al-Hujurat 13) "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi dan berlainan bahasamu dan warna kulitmu." (Ar-Rumm 22)

5. Iktibar daripada peristiwa orang-orang soleh - Tanah suci Mekah adalah merupakan lembah yang menyimpan banyak rentetan peristiwa-peristiwa bersejarah. Diantaranya sejarah nabi-nabi dan rasul, para sahabat Rasulullah,para tabiin, tabi’ut tabiin dan salafus soleh yang mengiringi mereka. Sesungguhnya peristiwa tersebut boleh diambil iktibar atau pengajaran untuk membangun jiwa seseorang. Rasulullah bersabda: "Sahabat-sahabatku itu laksana bintang-bintang dilangit, jika kamu mengikut sahabat-sahabatku nescaya kamu akan mendapat petunjuk." Di antara peristiwa yang terjadi ialah:

Pertemuan diantara Nabi Adam a.s. dengan Siti Hawa di Padang Arafah

Siti Hajar dan Nabi Ismail ditinggalkan di tengah padang pasir yg kering kontang di antara Bukit Safa dan Marwah.

Pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. menyembelih Nabi Ismail sebagi menurut perintah Allah.

Nabi Ismail a.s. dan Nabi Ibrahim mendirikan Kaabah.

Lahirnya seorang anak yatim yang miskin dan serba kekurangan. Tidak tahu membaca dan menulis tetapi mempunyai akhlak yang terpuji hingga mendapat gelaran 'Al-Amin.
Medan Badar dan Uhud sewajarnya mengingati seseorang kepada kegigihan Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Allah.

Haruskan kita bermegah-megah dengan seni bina yang tinggi?besar lagi kaya raya?Saya bersependapat di dalam satu laman blog http://akhzaman.blogspot.com/2011/06/binladin-dengan-menara-jam-gergasi-di_4866.html di mana alangkah baiknya sekiranya Kerajaan Arab Saudi menggunakan peruntukkan hasil minyak mereka untuk jemaah-jemaah yang kurang berkemampuan?Berbalik sejarah islam terdahulu, penawanan demi penawan kawasan bertebaran di serata pelosok sehinnga dapat menumbangkan kerajaan-kerajaan besar seperti kerajaan Parsi tetapi kemenangan mereka tidak diselitkan dengan kemegahan yang melampau tetapi menggunakan kemenangan ini untuk berdakwah berbanding sekarang.Bukan saya ingin mengisukan permasalahan ini tetapi sebagai tanda tanya sering berada di kepala saya.
Saya re-copy beberapa orang tentang reaksi berkenaan bangunan ini:-
Youtube komentar:-
This building is cool but what they destroyed to make this is not so cool.
Youtube  komentar:-
osma bin ladens brother gived that job to a german architect Bodo Rasch, the electronic is from salzburg, the clock from Calw, the tower cone end from hannes weimer in the city Jettingen... that clock is build in germany from germans. the clock was shipped to mekka and put it at tower from moslems.
so u have no idea, the germans had it and give u a clock.
and now have fun in ur dreamworld with allah
so clock is made by germans and put it at tower from moslems.


Kemiskinan di Arab Saudi
 German?perlukah kita bangga?Mekah adalah tempat suci bukan tempat bermegah-megah.Fikirkanlah sama-sama kita berada di ambang kehancuran sedikit demi sedikit.Inilah Agenda Yahudi  dalam membankitkan Fahaman Zion mereka.

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming