Home » » [Fakta Kesihatan]Gurah Melegakan Saluran Pernafasan.

[Fakta Kesihatan]Gurah Melegakan Saluran Pernafasan.

Written By Unknown on Khamis, 4 Oktober 2012 | 5:22 PG

Cecair Lendir dari hidung
 Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati.Entri untuk minggu ini,saya ingin berkongsi pengalaman saya mengenai perawatan gurah. Ramai yang tidak mengetahui teknik perawatan ini kerana ia jarang-jarang sekali dikenali. Walau bagaimanapun perawatan ini sedikit sebanyak membantu untuk memulihkan masalah Sinus,Resdung,dan pelbagai lagi. Baru-baru ini, saya terbaca satu akbar di surat khabar KOSMO mengenai perawatan ini. Yang saya ketahui iaitu bekam sahaja la kot...hehe(berseloroh).

 Antara sebab kenapa saya kongsi maklumat ini kerana saya adalah salah satu pesakit yang mengalami masalah ini. Tekak sering kali terasa perit, kadang-kala hidung berair tiba-tiba, tambahan pula yang lebih kronik cecair berbau keluar bersama-sama hingus, saya mencuba menyelidiki pelbagai kaedah terutama mengenai rawatan resdung asap. Mulanya saya ingin menggunakan rawatan ini, tetapi ianya hanya diluaran sahaja(Facing) tetapi tidak pada dalaman. Jadi, saya terfikir apakah yang mampu mengeluarkan kotoran di dalam ini agar ianya akan melegakan baik suara serta pergerakan pernafasan saya.

Apakah itu Gurah?
-Gurah ialah satu rawatan tradisional yang berasal daripada Yogyakarta, Jawa, Indonesia. Campuran herba di masukkan kedalam hidung pesakit.

Tujuan?
-Bagi pesakit yang mengalami masalah sinusitis, alahan , gatal-gatal muka, bersin dan selsema tak berhenti-henti, batuk-batuk berkahak, dan sebagainya. Gurah ini pada mulanya digunakan untuk melunakkan suara Qari dan Qariah dalam pembacaan Al-Quran.

Mengenai Pengalaman Anda?
-Mengenai pengalaman saya tentang perawatan ini sedikit memeritkan hidung anda tetapi tidak memudaratkan. Perawat telah menyatakan kepada saya sekiranya teknik semasa ubat dipancutkan kedalam rongga hidung dilakukan secara betul dan mengikuti arahan, insyaallah kadar kesakitan mungkin kurang.


-Selepas, ubat gurah dimasukkan anda akan merasa ingin memuntahkan sesuatu, mulanya lendir-lendir ini tidak kelihatan tetapi lendir-lendir pada bahagian mulut mula keluar. Selepas 2 minit kelihatan lendir-lendir yang selama ini bertakung mula keluar. Lendir kekuningan menunjukkan lendir yang telah dicemari oleh bakteria atau virus.Inilah punca mengapa masalah sinus terjadi.
-Bahagian lelangit terasa pedih seperti hendak demam, tekak loya , dan tekak terasa kering.
-Lendir-lendir akan terus keluar selepas 1jam rawatan. Walau bagaimanapun, lelangit mula terasa lega selepas 2 jam berikutnya.
-Larangan:
a)elak makan-makanan berminyak,pedas dan ;
b)elak minum-minuman sejuk
Kawasan lebihan lendir dikeluarkan melalui teknik Gurahan

Tempat Rawatan?
Nurul Sunnah Ent,
Depan Masjid Jumhuriyyah,
No. 12 Jalan 7, Taman Dato Harun,
46000 Petaling Jaya.






No Hp:012-3463416/012-3958097



YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming