Assalammualaikum kepada rakan-rakan yang sentiasa melawat blog yang tidak seberapa ini.Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri maaf Zahir dan Batin.Saya merasakan keciciran saya untuk mencari sumber-sumber ilmiah yang boleh dikongsi bersama-sama dengan anda.Kebetulan juga, semasa pencarian saya tersebut saya terjumpa 6 perkara yang Allah SWT sembunyikan.Untuk lebih lanjut sila baca di bawah ini:-
Allah SWT selesai menciptakan
Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula
baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada
pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail a.s
memandang dirinya sendiri dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"
Kemudian
Jibrail a.s berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah
selesai Jibrail a.s solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku
seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia
mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu
mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka
dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari
solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan
kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Kemudian Jibrail a.s berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."
Kemudian
Jibrail a.s meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa.
Setelah Jibrail a.s mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail
a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan
dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah
malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan
lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "
Kemudian
Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .."
Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
>> Sumber<<