Home » » [Fakta Jodoh]Kriteria Bakal Suami?

[Fakta Jodoh]Kriteria Bakal Suami?

Written By pmgpcns on Isnin, 30 April 2012 | 6:36 PG

 Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya hormati,sebelum saya meneruskan entri ini hendak saya bertanya kepada pembaca pernahkah anda mempunyai teman istimewa?.Ok...jawab dalam hati ya,apakah kriteria bakal suami anda?hensem?berharta?keturunan?atau agamanya?.

 Di dalam Hadis telah di nyatakan:-
 "Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya , keturunannya , kecantikannya dan agamanya.Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu.
(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Saya cuba ingin berkongsi pengalaman di mana saya pernah menyukai seorang wanita yang beragama dan sejujurnya saya berkata saya ingin menjadikan dia sebagai isteri saya.Dan memperlihatkan diri saya kadang-kadang solat selalu tinggal dan macam-macam lagilah sehingga dia mengubah saya sedikit demi sedikit.Tetapi, Allah swt sudah merancang terlebih awal, perhubungan kami tergantung atas bapa wanita tersebut tidak merestui kami.Kini, pesanan wanita itu kepada saya masih segar dalam ingatan saya,alhamdulillah sekiranya memujuk diri kita sedikit demi sedikit insyaallah anda akan mengamalkannya.Berbalik kepada hadis benarlah sekiranya kita peroleh wanita yang solehah dan beragama rumah tangga akan bahagia.

 Bagaimanakah pula ciri-ciri lelaki baik untuk di jadikan suami?Jika hadis di atas memberi pandua kepada kaum lelaki dalam memilih bakal isteri mereka,maka di samping itu Islam juga memberi panduan kepada kaum wanita dalam memilih bakal suami mereka.Hal ini di sebabkan aspek memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh di pandang mudah.Antaranya:-

1.Perkahwinan melibatkan soal kehidupan,zuriat,hak,tanggungjawab dan kasih sayang.
2.Perlulah menyelidiki latar belakang bakal suami dari segi akhlak serta agamanya(boleh membimbing sebagai
   ketua keluarga).
3.Memberi panduan baik kepada anak-anak perempuan untuk mencari bakal suami yang berakhlak tinggi
   taat pada ajaran agama.

"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu redha(berpuas hati)tentang agama dan akhlaknya,maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu).Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar"

 Contoh seperti Zina dan kes-kes pembuangan bayi.


 Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agamanya) yang mesti dijadikan kriteri utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dpilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut.Lelaki yang sederhana kehidupannya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah swt dan rasul-Nya itu sebenarnya seoarang yang kaya, sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah swt ) walaupun hidup kata raya , hakikatnya ia adalah miskin.

 Mengapa sedemikian?kerana kefasikan hidup akan mesapkan harta kekayaan melalui aktiviti :-
1.Perjudian
2.Minuman Keras
3.Berkunjung di tempat maksiat
4.Berfoya-foya dan sebagainya

Inilah yang di maksudkan oleh Rasulullah saw dalam hadis di atas"Fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar"

Diriwayatkan:-
Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah saw ) untuk meminta nasihat . Katanya "Anak perempuanku di pinang oleh beberapa orang lelaki.Dengan lelaki bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?"Hasan menjawab,"Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah swt, kerana jika ia menyukai isterinya ia pasti mengasihaninya,tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)"


Firman Allag swt:-
"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan ) dari kalangan kamu dan orang-orang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan.Jika mereka miskin. Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka  dengan limpah kurnian-Nya,kerana Allah swt Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui". (an-Nur :32)

Kesimpulannya, kaum wanita perlu lebih teliti dan berhati-hati dalam soal pemilihan jodoh. Kerana perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan semata-mata,tetapi ia merupakan ikatan sosial yang merangkumi pelbagai aspek kemanusian spt
-pertalian jiwa
-kasih sayang
-ketenangan hati
-tuntutan biologi
-nasab keturunan
-hak tanggungjawab
-toleransi dan sebagainya




YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming