Home » » [Fakta Terungkai 2] Siapakah Penaja BERSIH?[Isu Panas]

[Fakta Terungkai 2] Siapakah Penaja BERSIH?[Isu Panas]

Written By pmgpcns on Jumaat, 27 April 2012 | 11:54 PTG

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya kasihi.Ini adalah prinsip saya "Tiada Hak Mutlak Kebebasan Dalam Semua Aspek".Kenapa saya berkata sebegitu?.Sejenak anda renungkan tentang masalah saban hari  semakin menjadi-jadi.Tidakkah kita fikir akan anak-anak kita apabila berlakunya kucar-kacir hanya memakan diri sendiri?.Firman Allah swt tentang kewajipan kita sebagai khalifah di bumi ini:-

 “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh”.(QS Al-Ahzab (33):72).

 Kita(manusia) merupakan khalifah di bumi ini dan kita kena tahu setiap inci aspek merupakan tanggungjawab kita.Bagaimana pula tanggung jawab kita terhadap negara yang selama ini kita cintai?.Saban hari negara kita banyak di nodai pelbagai konspirasi yang aneh-aneh serta tidak masuk akal langsung.Buat pengetahuan saudara-saudari, saya bukanlah penyokong mana-mana parti atau badan-badan NGO (nasional goverment organization) untuk memperjuangkan sesuatu atas kepentingan diri saya sendiri tetapi pada nasnya saya hanya menyokong KEDAMAIAN.Saya cintakan negara saya tetapi bila rakyat kita sendiri yang mengkhianati akan negaranya sendiri tidak ubah seperti "Musuh Dalam Selimut".Hal ini boleh di ambil di negara LIBYA dan kita sedang di peralat oleh konspirasi Yahudi.

Hadis:-
 Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda : “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?”



 Sebelumnya terjadi perkara-perkara yang tidak di ingini seeloknya saya berkongsi siapakah dalang memberi dana kepada kempen-kempen di Malaysia.Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, “BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan.”
Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa? Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya. Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah ‘projek-projek’ lain yang disebut Ambiga?
Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan ‘kecil’ kepada BERSIH?
NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy. Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.

Siapa atau apakah NED?

NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983. Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif. Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga.
Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk “NED and Project Democracy” mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa.
Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.
NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008. Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women’s Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women’s Aid Organisation (WAO), Writer’s Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.
Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros.
Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH?
Tidak lain tidak bukan ialah untuk menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif.


Insyallah dari masa ke semasa saya akan terusi kajian saya mengenai NED dan NDI sebab mereka ini adalah dalang-dalang Yahudi untuk memusnahkan orang-orang Islam.Dan saya ingatkan sekirangnya ada Kempen BERSIH 4.0 atau seterusnya anda perlu sedar bahawa anda telah di peralatkan oleh YAHUDI sebenarnya.Jadi, fikir sejenak apa yang kita telah lakukan.Moga-moga Allah swt tetap memberi rahmat kepada Negara yang kita cintai ini.Amin...


Sejenak Kata-kata Untuk Di renungkan:-
"Aku bukan Penyokong Mana2 Parti, siapa yg memerintah di situ aku taat setia!!!"
             
"Aku tidak Gentar sebab Allah swt adalah TuhanKu, Nabi Muhammad saw adalah Rasulku    dan  Islam adalah Agamaku!!"


YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming