Assalammualiakum kepada para pembaca yang setia .Untuk minggu ini, saya akan berkongsikan mengenai konspirasi Kerajaan Amerika Syarikat dalam penyebarkan wabak penyakit sebagai salah satu senjata biologi untuk memerangi dan mengawal populasi penduduk dunia supaya matlamat "New World Oder" akan tercapai. Kongsian ilmu ini bergantung kepada pembaca sendiri untuk menilai sejauh mana kita mengetahui akan tipu helah mereke yang tersangat licik. Blog ini bukalah bertujuan atas kepentingan tetapi saya mempunyai agenda sendiri dalam mencapai satu matlamat dan satu hasrat agar tercapai( Islam bangkit menentang ). Maklumat ini bersumberkan dari sebuah buku Deadly Mist, pengarangnya adalah seorang rakyat Amerika yang telahpun memeluk islam. Nama pengarang tersebut ialah Jerry D. Gray bekas prajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF). Secara giat, beliau menjalankan aktiviti dakwah di serata Nusantara, termasuk Malaysia.
Sebelum Amerika Syarikat menjadi sebuah negara, golonga yang
Jeffrey Amherst |
Dalam surat beliua kepada kolonel Henry Bouquet iaitu seorang Komandan Tentera Bersenjata Inggeris,
General Amherst bertanya," Adakah boleh sekiranya diaturkan suatu cara bagi menyebarkan kuman campak kepada suku kaum Red Indian?. Dalam hal ini, kita perlu menggunakan apa-apa strategi bagi mengurangkan jumlah mereka."
Henry Bouquet menjawab," Saya akan menyebarkan penyakit itu melalui selimut-selimut yang akan diberikan kepada mereka. Saya akan berusaha semaksimum mungkin supaya tidak turut terjangkit sama."
(Fakta ini didokumentasikan dalam catatan seorang komandan tentera tempatan dari Pittburgh, William Trent yang bertarikh 25 Mei 1763)
Ketua Suku Pontiac |
"Kami memberi kepada mereka dua helai selimut dan sehelai sapu tangan yang di ambil dari Hospital Small Pox. Saya berharap, tindakan ini dapat meninggalkan kesan seperti yang dijangkakan." Seperti yang dijangka epidemik cacar itu tersebar begitu cepat kepada suku Kaum Pontiac.
Secara rasmi Jeneral Amherst mengesahkan perang biologi sebagai polisi rasmi Amerika Syarikat. Dan memerintah Henry Bouquet supaya mencari kaedah-kaedah lain bagi menghapuskan bangsa Red Indian. ( berdasarkan surat bertarikh 26 Julai 1763 )
Selepas 1 abad berlalu penggunaan senjata biologi bergiat aktif sebagai salah satu cara untuk menghapuskan bangsa tersebut, selain daripada kuman cacar, terdapat dua jenis kuman yang digunakan dengan cara yang sama melalui pengagihan selimut dan alat-alat lain dengan meletakan kuman variola dan taun. Pada tahun 1900, tentera Amerika Syarikat melakukan eksperimen dengan menggunakan pelbagai jenis senjata biologi. Sebahagiannya digunakan kepada tahanan perang, sama ada daripada rakyat Amereka mahupun warga asing.
Mangsa-mangsa eksperimen termasuk lima tahanan warga Filipina yang dijangiti dengan pelbagai jenis penyakit dan 29 tahanan yang dijangkit penyakit beri-beri. 15 tahun kemudian , ejen-ejen kerajaan melakukan eksperimen dengan sejenis racun yang dapat menyerang dan merosakakn otak serta sistem saraf pusat manusia . Eksperimen itu dijalankan kepada 12 orang rakyat Amerika yang ditahan di Penjara Missisippi. Hasilnya, mereka mengalami pellagra iaitu kekurangan Vitamin B3 atau niasin. RND ini terus menjadi giat di tiga tempat iaitu di :-
a)Amerika Syarikat
b)England
c)Jerman
Sejarah:
Perang biologi yang pertama dimulakan oleh Fritz Haber merupakan seorang ahli kimia terkenal yang menghasilkan gas-gas beracun kepada Jerman semasa perang Dunia Pertama. Sebelum itu, Fritz Haber juga terkenal dengan kejayaan dalam penyulingan nitrat, digunakan untuk membuat peledak atau baja. Gas-gas yang dicipta bertujuan membunuh manusia yang bersembunyi di lubang-lubang persembunyian. Pada tahun 1919, Haber dianugerahkan Hadiah Nobel dalam bidang kimia.
"Berkenaan persoalan moral yang timbul, jawapan yang parodoks adalah penggunaaan gas beracun dapat mengurangkan rasa suka kepada penentangan dan mengarahkan penyelesaian masalah yang lebih pantas.
Di Amerika Syarikat mangsa eksperimen senjata biologi adalah rakyat Amerika sendiri. Mereka adalah termasuk ribuan tentera Amerika yang dijangkiti lewisit, iaitu gas yang membawa maut, fosgen, dan bom klorin. Tentera Amerika Syarikat dan England menggunakan 125,000 tan fosgen, gas mustard, dan klorin dalam projektil bagi menyerang tentera Jerman pada tahun 1916 dan 1918. Hasilnya, kira-kira 400,000 orang maut. Penggunaan fosgen yang mempunyai kepekatan tinggi, iaitu 1/18 daripada jumlah gas klorin yang menyebabkan kematian.Impak gas fosgen :-
a)Mengalami batuk-batuk tanpa henti
b)Selepas 48 jam saluran paru-paru akan pecah
c)Kesukaran bernafas dan pendarahan dalaman
Pada bulan jun 1916, iaitu perang Somme seramai angkatan tentera bersekutu menggunakan kombinasi gas fosgen dan klorin sepanjang 17 batu ( 27.3 KM) di hadapan barisan dan 12 batu ( 19.3 ) di belakang barisan pertahanan Jerman. Mereka membunuh orang dan merosakkan segala benda yang ada.
Pada tahun 1925, di dalam Persidangan Geneva oleh Supervision of the International Traffic in Arms, Amerika Syarikat melarang aktiviti mengeskport gas bertujuan peperangan atas saranan Perancis, satu protokol disusun bagi melarang penggunaan gas-gas beracun. Poland pula mencadangkan supaya larangan itu diperluaskan juga kepada penggunaan senjata biologi. Protokol Geneva yang di tandatangani pada 17 Jun 1925, menyatakan larangan yang sebelum itu termaktub dalam Perjanjian Versailles dan Washington, dan menambah larangan dalam hal perang biologi.
The Hidden Of Eye ( Disebalik pemerhatian ) ternyata ianya satu konspirasi yang mengaburi mata ( illusion ) rakyat Amerika Syarikat, misalnya pada tahun 1931, Dr Cornelius Rhoads, seorang ejen kerajaan yang dilantik Rockefeller Institute for Medical Investigationsm menyebarkan penyakit dan kuman kepada lelaki,wanita,dan kanak-kanak dengan sel-sel kanser, Sebagai ketua bahagian senjata biologi dan anggota Suruhanjaya Tenaga Atom, rhoads menjalankan ujian radikal keatas warga Amerika Syarikat tanpa dicurigai- itu hal yang menghairankan adakah mereka telah melanggar perjanjian tersebut atau melanggarhak asasi kemanusian?
Nota Penting The Rockefeller Institute:-
1. Membiayai Dr. Cornellius Rhoads dalam menyuntik dan menyebarkan kuman dan sel-sel kanser seperti yang berlaku di Puerto Rico dan Rakyat Amerika Syarikat sendiri;
2. Membenarkan pembunuhan secara besar-besaran ke atas orang bukan kulit putih dengan suntikan kuman ;
3. Tahun 1931, melakukan eksperimen berkenaan siflis dan mangsa pertama adalah kulit hitam dari Tuskegee, Alabama. Pesakit tidak menyangka rawatan yang digunakan adalah palsu ( air gula, serbuk penaik dan sebagainya) ;
4. Pada tahun 1942, seramai 400 orang banduan dijangkiti virus Malaria. Suruhanjaya Tenaga Amerika membenarkan menyuntik pesakit dengan plotonium secara rahsia, hasilnya pesakit mengalami sakit tenat dan meninggal dunia;
5. Amerika Syarikat dan England ketika itu, menghasilkan ' bom antraks' bagi menjatuhkan ke atas Jerman( Berlin, Hamburg, Frankfurt, Aachen dan Wilhemshafen ). Sejurus itu Jerman menyerah kalah dalam Perang Dunia Pertama kerana sasaran bom tersebut bukan kepada pihak tentera tetapi rakyat tempatan. Peristiwa itu berlaku di perkampungan Gurnard, sebuah pulai di barat laut Scotland, hasilnya banyak binatang ternakan mati dan penduduk disitu mengalami gejala penyakit yang serius;
6. Mengaji ratusan doktor Nazi da Jepun yang melakukan eksperimen kejam ke atas tahanan perang. Termasuk tahanan adalah tentera Amerika sendiri. Dr Shiro Ishii menyebarkan virus Siflis secara sembunyi melalui tomato, virus demam kepialu, bakteria tetanus ( Kancing gigi ), kutu pembawa penyakit, dan bom-bom kuman. Dr Shiro di lantik oleh Douglas MacArthur menjadi pensyarah Biologi di Frederick, Maryland atas kepuasan ekperimen yang telah dilakukan;
7. Allen Dulles iaitu ajen perisikan CIA merekrut Doktor-doktor Nazi ke Amerika Syarikat secara haram, 2 doktor Nazi termasuklah :-
a.Walter Schreiber
b.Dr. Josef Mengele
Allen Dulles merupakan orang tengah kepada antara Nazi da Bush, Harriman dan Rockefeller, walau bagaimanapun aktiviti tersebut mendapat tentangan daripada Presiden Rossevelt untuk mendakwa Dulles,Bush dan Harimman sebagai pengkhianat walau bagaimanapun Presiden Franklin D.Roosevelt meninggal tidak lama selepas itu;
8.Lebih dari 1000 orang doktor Nazi dan saintis S.S di bawa masuk ke Amerika Syarikat secara haram dikenali sebagai Operasi Paper Clip dan bertugas dalam syarikat-syarikat kelas atasan dan agensi-agensi kerajaan , termasuk Nasa dan CIA.
Secara nyata pemerintahan kerajaan Amerika Syarikat dengan jelas membentuk sebuah pemerintahan tiada peradaban dan bersembunyi di sebalik perkataan "Demokrasi". Mangsa adalah rakyat mereka sendiri termasuk warga asing yang tidak berdosa. Sila nantikan sambungan entri ini di lain waktu, Insyaallah.
Sumber: Deadly Mist
Perjuangan Masih Belum Selesai
( Chpt 2 bakal menyusul )