Home » » [Fakta Terungkai]Bunuh 2 Senarai Anti-Islam Peroleh RM1.2 Juta

[Fakta Terungkai]Bunuh 2 Senarai Anti-Islam Peroleh RM1.2 Juta

Written By pmgpcns on Selasa, 9 Oktober 2012 | 3:22 PG

Nakoula di tahan selepas menerbitkan "Innocence Of Muslim"
 Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati,baru-baru ini saya terbaca di dalam satu akhbar tempatan mengenai Nakoula si penerbit filem Innocence of Muslims telah di tangkap oleh polis tempatan Amerika Syarikat. Situasi ini masih lagi tegang terutama di Afghanistan.

  Kebiadapan Nakoula terhadap seluruh umat Islam di dunia mencetus kontrovesi sehingga ramai rata-rata yang beragama Islam membantah perfileman itu di laman Youtube baru-baru ini. Ulama terkemuka di Afghanistan menawarkan sejumlah wang Rm1.2 juta bagi sesiapa yang dapat membunuh penerbit filem anti-Islam dan kartunis Perancis yang melukis lakaran Nabi Muhammad SAW. "Saya ingin menawarkan RM916,450 kepada sesiapa saja  yang membunuh penerbit filem anti-Islam dan  Rm304, 450 untuk membunuh kartunis Perancis itu, Kata Ulama Mir Faroq di dalam khutbah jumaatnya di Kabul. Pengumuman ini adalah julung  pertama kalingnya diumumkan di dalam khutbah Jumaat.
Stephane Charnonnier

Selepas tercetusnya penerbitan filem "Innocence Of Muslims" di Amerika Syarikat, pelukis dari Perancis iaitu Stephane Charnonnier pula mencetus kontrovesi dengan melukis gambar kartun menghina Nabi Muhammad SAW.

Jadi, dalam tempoh setahun ini terdapat 2 orang yang benar-benar mencabar agama kita. Firman Allah SWT:-
 "Dan bersabarlah kamu bersama-sama orang yang menyeru Tuhannya di waktu pagi dan petang dengan mengharap keredaan-Nya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini. Janganlah kamu mengikut orang yang hatinya telah kami lalaikan daripada mengingati kami serta menurut hawa nafsunya dan keadaan mereka itu sudah melampaui batas. Katakanlah: Kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka barang siapa yang ingin (beriman) hendaklah dia beriman dan barang siapa yang ingin (kufur) biarlah dia tetap dalam keadaan kufur." (Surah al-Kahfi, :28-29) 

 Tahukah sahabat-sahabatku?semakin lama Islam dibenci semakin ramai yang memeluk Islam pernahkah anda perasan?Konspirasi ini telah lama berlaku untuk menjatuhkan Islam serta memburuk-burukkan agama yang suci ini. Maaf sekiranya masej saya ini lari sedikit daripada topik tetapi kedua-dua saling berkaitan. Masih lagikah kita ingat mengenai pengorbanan Rasulullah?, sikap sabar dan tawaduk yang baginda anda menjadi satu sebab kenapa Islam mula berkembang yang mulanya dilaksanakan secara tertutup (ahli keluarga baginda) kemudian dilaksanakan secara terbuka. Jadi, pada konteks disini adakah kita mampu ekori semua tauladan daripada Rasullullah?,sayangnya masih lagi yang tidak sedar apa yang mereka lakukan sekarang. Benar ataupun tidak mereka yang membenci Islam seperti "Menyalakan api di taman hijau" maksudnya mereka  sengaja menaikkan kemarahan supaya masyarakat yang beragama lain memandang negatif terhadap Islam itu sendiri. Islam itu bukan suka untuk berperang, Islam itu bukan pengganas, Islam itu bukan penjenayah tetapi Islam itu Indah.





YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming