Home » » [Fakta Islam]Pengajaran dari kisah Nabi Khidir A.S

[Fakta Islam]Pengajaran dari kisah Nabi Khidir A.S

Written By pmgpcns on Sabtu, 4 Ogos 2012 | 10:10 PTG

  Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya hormati.Saya bersyukur kehadrat ilahi kerana berkesempatan memberi peluang kepada saya untuk menulis karangan ini. Oh ya, tempoh hari saya tertarik dengan sebuah buku mengenai Legenda Nabi Khidir Antara Fakta Dan Khayalan.
Kisah yang penuh pengajaran baik diri saya atau pun rakan-rakan.Kisah mengenai nabi ini juga ada di dalam ayat suci Al-Quran dimana nabi ini banyak membantu nabi Musa a.s. Anda boleh membaca selanjutnya di dalam buku ini.Walau bagaimanapun ingin saya hujahkan mengenai pengajaran yang diperolehi daripada kisah dari Nabi Khidir a.s.

Antara pengajaran:-
  1. Disunatkan bermusafir kerana mencari ilmu dan kerana ingin mencari kelebihan menuntut ilmu.
  2. Disunatkan juga mencari dengan melalui jalan laut dan memperbanyakkan perjalanan melaluinya.
  3. Tidak wajar bagi seseorang tidak mempelajar ilmu sekalipun dia telah berjaya mencapai kemuncak keilmuan.
  4. Disunatkan bermusafir dengan ulama denagn niat ingin mengambil faedah ilmu daripadanya.
  5. Disunatkan menghormati para ulama yang beramal dengan ilmunya dan bersopan-santun ketika bersama mereka.
  6. Disunatkan merendahkan diri kepada guru dan kepada orang yang lebih alim daripadanya.
  7. Harus berdebat tentang permasalahan ilmu kerana ingin mencari kebenaran dan tanpa niat untuk berlawan.
  8. Sunat merujuk kepada pakar ilmuan ketika berlaku percanggahan pendapat.
  9. Diwajibkan seseorang itu berasa rendah diri dengan ilmu yang ada dan dengan kelebihannya. Janganlah mendakwa bahawa dia adalah orang yang paling alim dan apabila ditanyakan tentang siapakah orang yang paling alim maka hendaklah dijawabkannya dengan jawapan "Allah yang lebih mengetahui".
  10. Disunatkan juga supaya jangan cepat mengingkari apa-apa yang dirasakan tidak elok kerana boleh jadi terdapat padanya rahsia yang tidak diketahuinya.
  11. Wajib menerima segala apa yang datang daripada syarak walaupun sebahagiannya mengandungi hikmat yang tidak dapat difkirkan oleh akal, tidak dapat difahami oleh kebanyakkan manusia, dan kadang-kadang ia langsung tidak dapat difahami oleh orang awa seperti permasalahan qada' dan qadar.
  12. Wajib ditunaikan janji dan dinyatakan sebab keuzurannya ketika menyalahinya.
Banyak lagi pengajaran yang anda akan perolehi daripada kisah ini, maafkan saya sekiranya tidak utarakan kesemua pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalam buku tersebut atas kerana menghormati hak penulis tersebut.
Nama Buku:Legenda Nabi Khidir A.S  Antara Fakta Dan Khayalan
Harga:Rm36.00
Tempat:Di kedai-kedai buku contoh MPH,Popular,Kunikuniya dan lain-lain.


-tamat-

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming