Home » » [Fakta Terungkai 4 ]Tentang Wahabisme Yang Harus Di Ketahui

[Fakta Terungkai 4 ]Tentang Wahabisme Yang Harus Di Ketahui

Written By Unknown on Jumaat, 18 Mei 2012 | 5:18 PG

Assalammualaikum kepada semua pembaca-pembaca yang setia menunggu entri terbaharu untuk minggu ini.Wahabi?ape tu?fahaman atau ajaran?masih tidak tahu lagikah apakah itu Wahabi?.Benak fikiran penulis pun tidak mengetahui apakah sebenar Wahabi ini sehingga penulis membeli buku untuk mengkaji lebih dalam siapakah pelopor dalam kemunculan wahabi ini.

Definisi:-
Wahabi (Bahasa Arab: Al-Wahhābīyya‎ الوهابية) atau Wahhabisme merupakan satu fahaman atau aliran dominan yang diamalkan oleh ulama-ulama Haramain (Makkah dan Madinah) yang diasaskan oleh Muhamad Abdul Wahab. Fahaman ini dikukuhkan lagi oleh keluarga diraja Bani Saud yang kini memerintah negara Arab Saudi. Dinasti al-Saud telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1924. Beliau dilantik Menteri Penerangan Arab Saudi. Wahabi bukanlah suatu mazhab akidah ataupun mazhab fikah.
Fahaman ini disebut juga sebagai Wahabi atau Wahabisme. Istilah ini muncul berdasarkan nama bapa pengasasnya. Pihak British/Yahudi yang mencetuskan gelaran ini kerana melihat mereka ini sebagai ancaman terhadap penjajahan mereka. [perlu rujukan] Mereka menggelar-gelarkan orang kerana hendak memecah belahkan orang Islam. Golongan awal tidak pernah mengeluarkan perkataan Wahabi atau Wahabisme.[perlu rujukan] Golongan terkemudian lebih suka menyebut diri mereka sebagai Salafi, Salafiah, Muhawidun yang bermaksud "satu Tuhan" dan mereka menurut pemikiran Imam Hanbali (al Hanbaliah, al Hanabilah) dalam masalah fikah, yang merupakan salah satu mazhab dalam Ahli Sunah Waljamaah. Dalam hukum akidah pula, mereka berpegang kepada tafsiran Ibn Taymiyyah. Faham Wahabi dianggap sebagai penerusan faham Ibn Taymiyyah.
Aliran Wahabi ini sangat dominan di Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Somalia, Algeria, Palestin dan Mauritania.

p/s:Fahaman ini mendapat tentangan daripada keluarga(Ayah dan Abg) serta beberapa Ulama  yang lain ketika itu.
Apakah Maksud Bid'ad?
http://antibidaah.wordpress.com/maksud-bidaah/

Biodata :-
Muhammad bin Abdul Wahhab (1701 - 1793) lahir di Kampung Ainiyah, Najd, Arab Saudi. Beliau berasal dari kabilah Bani Tamim. Buku beliau bertajuk 'Kitab al Tawhid'. Beliau telah mempelajari agama daripada Syeikh Muhamad Sulaiman al-Kurdi, bapanya iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abangnya Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab. Setelah dewasa, beliau pergi ke Mekah untuk mengerjakan haji dan pulang halamannya.
Beliau merupakan seorang ulama pembaharuan dan ahli teologi agama Islam yang mengetuai gerakan salafiah. Wahabi dianggap sebagai ultra-konservatif berbanding salafi. Ia dianggap sebagai gerakan pembaharuan, bukan satu mazhab. Beliau memperkenalkan semula undang-undang Syariah di Semenanjung Arab. Beliau sangat dipengaruhi oleh Ahmad ibn Hanbal dan Ibn Taimiah.

Penyebaran Fahaman Wahabi:-
Semasa di Madinah, beliau mendapati banyak amal ibadat orang Islam adalah bertentangan dengan syariat Islam kerana mereka lebih suka beribadat dekat dengan makam Rasulullah.
Setelah berhijrah ke Basrah, beliau telah mengeluarkan fatwa yang ganjil dan akhirnya beliau telah diusir dan lalu pergi ke Hassa. Di sana, beliau telah berguru dengan Abdullah bin Abdul Latif. Beliau diusir lagi, lalu pergi semula ke Kampung Ainiyah, Najd. Mulanya Raja Osman bin Ahmad Ma`mar membantunya, namun setelah mendengar fatwa-fatwa ganjilnya, beliau diburu dan mahu dibunuh.
Beliau lari pula ke Duri`yah dan mendapat bantuan Raja Muhammad bin Saud di Duri'yah. Sejak itu fahaman Wahabi berkembang pesat. Beberapa delegasi dihantar menemui syarif-syarif di Mekah dan mengembang ajaran Wahabi. Ajaran mereka ditolak, malah sebahagiannya dibunuh. Sejak itu terjadi pemusuhan antara kaum Wahabi di Najd dengan syarif-syarif Mekah. Sejak itu, Syeikh Abdul Wahab memfatwa bahawa banyak orang Mekah kafir kerana berdoa dengan bertawassul di hadapan makam Nabi. Syarif Mekah membenarkan orang yang datang jauh mengerjakan haji menziarahi makam Nabi, berdosa mengadap makam Nabi. Syarif-syarif Mekah terus diperangi.

Amalan Yang Diketahui Tentang Wahabi:-
  1. Meruntuhkan kubah / bangunan di atas perkuburan Siti Khadijah di Mualla, makam Saidina Hamzah di Uhud dan lain-lain sahabat di Baqi pada tahun 1803-1924 kerana hadith nabi melarang membuat binaan di atas perkuburan. [1]
  2. Meruntuhkan kubah / bangunan tempat maulud Nabi di Suqal-Lail di Mekah. Suqal Lail ialah tempat lahir Nabi. Wahabi berpandangan semua itu syirik dan membawa kepada penyembaahan berhala.
  3. Melarang orang ziarah makam Nabi dan berdoa meghadap situ, kerana berpendapat semua doa hanya semata-mata kepada Allah.[2]
  4. Melarang mengadakan perayaan pada hari Maulidur Rasul dan Hari Israk Mikraj. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.
  5. Melarang melagu-lagukan azan sebagaimana dalam hadith [3], terutama menggunakan radio dan pembesar suara.
  6. Melarang membaca qasidah.
  7. Melarang melagu-lagukan al Quran.
  8. Melarang membaca Selawat Nabi, memuji-muji Nabi seperti Burdah dan Berzanji. Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.[perlu rujukan]
  9. Melarang mengaji Sifat 20 seperti yang tertulis dalam kitab Kifayatul Awam , Matan Jauharah as-Sanusi dan sebagainya. Pada Wahabi, tauhid hanya berkisar pada Tauhid Rabbubiyah dan Tauhid Uluhiyah sahaja.[4] Semua ini dianggap puak wahabi sebagai bidaah dan perlu dihapus kerana tidak pernah diamalkan oleh nabi sendiri.

Nota Tambahan Dari Penulis:-
Semasa Beberapa siri Peperangan Saud I,II dan III mujur Tentera-tentera Abbasiyah/Empayar Utmaniyah dapat mematah fahaman mereka daripada tersebar luas,walau bagaimanapun kerana campur tangan pihak British di Semenanjung Arab dengan Kerajaan Bani Saud ,menyukarkan lagi fahaman ini di sekat oleh Kerajaan Islam Utmaniyah selepas siri peperangan ke-III
Rujuk Di sini:-http://berandamadina.wordpress.com/2011/07/18/fakta-wahabi-peran-mr-hempher-dan-campur-tangan-inggris-di-balik-kelahiran-wahabisme/



Kesimpulan:-
Fahaman sebigini harus di tolak jauh-jauh kerana ianya menyimpang daripada ajaran agama Islam yang sebenar.Allah swt tidak menyerupai mana-mana mahkluk dan kita sendiri tidak tahu(Beriman Sahaja Akan Rukun Islam Dan Rukun Iman sudah cukup)serta tidak wajarlah dengan sewenang-wenang mengkafirkan seseorang yang mempunyaai perbezaan pendapat.Di samping, nabi Muhammad saw mengajar umatnya supaya bersederhana(tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu cetek)itulah sebaik-baik umat.Permasalahan ini harus di ambil serius kerana ianya akan menjejaskan nama baik Islam di mata dunia (Islamfobia) yang sedang melanda di seluruh dunia pada hakikatnya Islam bukanlah ekstrimis seperti mengebom,berperang-perang serta membunuh orang awam yang tidak berdosa?.
Wahabi Hina Zikir Imam Syafie -[ Video 1]
Guru Wahabi Tegur Ustaz Azhar   - [ Video 2 ]



YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming