Home » » [Fakta Akidah] 4 Gambaran Tentang Burung Dengan Manusia

[Fakta Akidah] 4 Gambaran Tentang Burung Dengan Manusia

Written By pmgpcns on Selasa, 8 Mei 2012 | 4:39 PG

Assalammualaikum kepada sahabat-sahabat yang saya hormati.Wahh...tiap-tiap bulan ada hamba Allah (mualaf) sentiasa memberi risalah-risalah tentang Islam.Tetapi kali ini cukup-cukup menarik perhatian saya untuk berkongsi kepada rakan-rakan yang membaca entri ini.Apa dia?jom baca.

Di dalam tafsir Surah Al-Baqarah ayat 260, ada disebutkan tentang empat ekor burung yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s agar mencincang dan meletakkannya di empat puncak bukit.Kemudian Nabi Ibrahim diarahkan memanggil keempat-empat burung tersebut, maka dengan kebesaran dan kekuasaan Allah SWT datanglah kembali kempat-kempat burung tersebut.Selain membuktikan kekuasaan Allah SWT menghidupkan semua makhluk yang telah mati, keempat-empat burung yang dipilih itu juga member sindiran tentang sikap manusia dalam menjalani kehidupan.

Burung Merpati :-
sikapnya yang keluar lambat (biarpun bangun awal) dari sangkar/sarangnya dan balik secepat mungkin ke sangkar/sarangnya, menunjukkan sikap malasnya.Sikap burung merpati yang malas ini, hinggakan sangkar/sarangnya dibuatkan,makannya pun di beri bukannya ia mencari sendiri.Sikap burung ini menggambarkan sikap manusia yang malasn dan tidak mahu berusaha.Walau bagaimanapun, burung ini di beri penghormatan oleh manusia dimana Nabi Nuh a.s pernah menggunakannya sebagai "messenger" iaitu sebagai alat penghubung antara satu sama lain.

Burung Gagak:-
sikapnnya yang buruk membuang najis merata-rata serta memakan bangkai atau "makan/sapu" segalanya tidak ambil kira hak siapa,tiada kira hukum samada halal atau haram,semuanya dia belasah.Burung gagak ini juga dirahmati oleh nabi tetapi burung yang dirahmati itu adalah sejenis burung gagak berwarna putih.Memang susah hendak mencari burung gagak berwarna putih ini memberi gambaran mencari isteri yang solehah di akhir zaman ini yang sangat sukar.


Burung Merak:-
sikapnya yang sombong dan perasan serta asyik mengembangkan sayapnya yang berwarna-warni dan cantik itu.Sikap burung ini menggambarkan sikap manusia yang sombong  dan perasan dengan apa yang ada pada dirinya.Walau bagaimanapun burung ini mempunyai kesedaran diri dengan sentiasa menjenguk keluar sangkarnya seolah-olah bermuhasabah diri serta mengambil tahu hal orang lain.

Ayam Jantan:-
sikapnya yang tidak bertanggungjawab kerana mempunyai anak dan bini ayam yang banyak.Sikap ayam jantan ini menggambarkan sikap manusia yang tidak bertanggungjawab .Walau bagaimanapun ayam jantan ini masih ada kebaikan iaitu tidak pernah missed berkokok setiap pagi untuk mengejutkan manusia untuk bangun pagi @ solat subuh



                                      "Yang Terbaik Adalah Atas Usaha Anda "                                      

YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming