Assalammualaikum, apa khabar kepada sahabat-sahabat yang saya hormati?terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada anda semua kerana setia membaca blog kami yang tidak seberapa ini.
Imam Masjid:-"Luruskan saf,rapatkan saf,sahut imam sebelum mengejarkan solat kepada jemaah di belakangnya."Pernah terfikir atau tidak maksud imam tadi?.Kenapa saya menghujahkannya?
“Mestilah kamu meluruskan saf kamu atau kamu akan bercanggah (melakukan kesalahan) dengan arahan Allah di hadapan-Nya” ( Hadith riwayat al-Bukhari)
Saya meneliti hadis di atas ini menunjukkan bahawa pentingnya saf antara jemaah.Mengikut pengalaman aku (bukan untuk mengaibkan siapa-siapa) bila berjemaah di Masjid/Surau aku selalu perhatikan kaki-kaki jemaah yang lain.Terdetik sewaktu itu aku tertanya-tanya kenapa tidak merapatkan kaki dan bahu masing-masing?.Kadang-kadang sampai jarak antara jemaah lain boleh di kata kita sendiri boleh mencelah masuk(jangkauan 2 kaki terbiar kosong).Hal ini menunjukkan bertapa seriusnya isu ini.Nampak sahaja macam biasa,tetapi sebenarnya saf ini memainkan peranan yang besar kepada kita sebagai umat Islam.kenapa?
Rasulullah sentiasa mengingatkan para sahabat untuk meluruskan saf kerana pentingnya meluruskan dan merapatkan saf jemaah muslimin. Pada zaman Rasulullah S.A.W, sahabat-sahabat sering diingatkan, Sabda Rasulullah S.A.W:
“Hendaklah kamu luruskan saf-saf kamu atau Allah akan perselisihkan antara wajah-wajah kamu..” (Riwayat Imam Muslim, Ahmad, Abu dawud, Tirmizi, An-Nasai dan Ibn Majah)
Penambahan Dari http://myibrah.com :-
Dari penilitian saya sekiranya saf tidak tersusun menunjukkan bahawa Umat Islam itu masih tidak teratur atau kucar-kacir dan tidak bersatu padu antara satu sama lain.Sebab itulah Nabi Muhammad berpesan kepada sahabat-sahabatnya bahawa penting meluruskan saf,ianya bagai menunjukkan bahawa Islam itu adalah teratur serta bersatu-padu antara sama sama lain dan tiada musuh-musuh Islam mampu menjatuhkan kekuhan itu.(Sekiranya tidak benar penilitian saya ini, saya memohon seribu kemaafan dan teguran anda amat saya hargai.Sila rujuk kepada Ustaz terlebih dahulu.)
“Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki ” (Riwayat Al-Bukhari)
Rasulullah berpesan kepada para sahabat sentiasa merapatkan saf dan meluruskan
saf sehingga bersentuhan bahu dan hujung kaki antara satu sama lain.
Meluruskan dan merapatkan saf bererti mesti menjaga kaki. Justeru itu
dalam keadaan tersebut, perlu diingat kadar jarak antara dua kaki kita
yang telah diletaakan oleh para ulama. Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
didalam bukunya ‘Formula Solat Sempurna’ merumuskan 3 pendapat ulama berkenaan jarak diantara kedua-dua kaki kita.
Mazhab Hanafi : Kadar 4 jari tangan. Jika kurang atau terlebih adalah makruh
Mazhab Syafi’i : Kadar sejengkal
Mazhab Maliki dan Hanbali : Kadarnya adalah sederhana menurut ‘uruf, tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.
Tanpa disiplin meluruskan dan merapatkan saf dengan bersentuhan
hujung jari, manusia akan berada dalam rasa ego masing-masing hingga
berasakan geli untuk menyentuh kaki ahli jemaah disebelah mereka.
Sabda Rasulullah.s.a.w. lagi;
Daripada Abdullah bin Umar r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah.s.a.w. telah bersabda: " Betulkan, penuhkan dan rapat-rapatkan saf-saf solat kamu, samakan kedudukan antara bahu-bahu kamu, penuhkan semua ruangan-ruangan kosong yang terdapat dalam saf, bersopan santunlah dengan saudara-saudara kamu ketika meluruskan dan merapatkan saf dan jangan sekali-kali membiarkan ruangan-ruangan kosong saf terdedah kepada syaitan. Sesiapa yang memenuhkan saf dan merapatkannya, nescaya Allah SWT menyambungkan rahmat-Nya bagi orang tersebut dan sesiapa yang memutuskan saf, nescaya Allah SWT akan memutuskan rahmat-Nya dan inayah-Nya daripada orang tersebut" ( Riwayat Abu Daud )
Berkawad adalah simbol displin khususnya di dalam ketenteraan,Polis, dan sebagainya begitu juga di dalam solat berjemaah terapan displin seharusnya ada pada setiap makmum yang ingin bersolat berjemaah.Anda sendiri mampu melihat dan menilai sendiri tetapi sebaik-baiknya kita menegur itu adalah lebih mulia di sisi Allah s.w.t
Fikir,fahamkan dan anda menilainya sendiri
Kredit kepada :-http://myibrah.com