Home » » [Fakta Pengajaran]Si Penegak Agenda Yahudi

[Fakta Pengajaran]Si Penegak Agenda Yahudi

Written By Unknown on Khamis, 19 April 2012 | 7:10 PG



 Assalammualaikum,kepada sahabat-sahabat yang saya hormati.Wahh...alhamdulillah bersyukur juga kepada Yang Maha Esa telah memberi peluang senafas lagi untuk berkongsi entri terbaharu untuk minggu ini.
Sebelum itu ,bukan saya untuk mengaibkan si mati atau memburuk-burukan si mati tetapi sebagai pengajaran baik saya dan sahabat-sahabat yang membaca entri ini.Buku yang berjudul mengenai pemimpin diktator iaitu Mustafa Kamal Ataturk atau di kenali sebagai si penegak agenda yahudi

 Jumaat lepas, kebetulan juga saya ingin menulis entri ini , tiba-tiba semasa ingin mendengar khutbah Jumaat ternampak buku yang di bawah oleh seorang pelajar.Sejujurnya saya tidak pernah membaca buku tersebut, walau bagaimanapun saya usahakan mencarinya di wikipidia dan mana-mana blog
sebagai nota tambahan di di dalam entri ini.


Kenalinya Dahulu:-
Mustafa Kemal Atatürk (12 Mac 1881 - 10 November 1938) atau nama penuh Gazi Mustafa Kemal Pasha adalah pengasas Republik Turki. Beliau merupakan pegawai tentera, pemimpin revolusi dan presiden Turki yang pertama.
Beliau membuktikan diri beliau sebagai komander tentera yang berjaya ketika berkhidmat dalam Pertempuran Gallipoli pada Perang Dunia I. Setelah kekalahan Empayar Uthmaniyyah di tangan Tentera Bersekutu, terdapat rancangan oleh Tentera Bersekutu untuk memecahkan negara Turki. Mustafa Kemal kemudiannya memimpin gerakan nasional Turki dalam apa yang kemudiannya menjadi Perang Kemerdekaan Turki.

p/s:Peperangan dunia pertama  antara Greece dan Turki dan baca petikan di bawah ini Russian menyatakan
     Turki ketika pemerintahan beliau menyokong serta membantu agenda-agenda Britain.



 Perilaku Sewaktu Pemerintahan Beliau Di Turki

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.


Saat Di Ambang Kematian Beliau

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya  juga  tidak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).
Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

 Titipan Dari :- http://nuraiman.wordpress.com/2008/05/01/orang-hina-di-sisi-allah-swt-mustafa-kemal-ataturk/



 Pihak barat sudah lama merancang dan beria-ria untuk menjatuhkan Empayar Uthmaniyah di Turki  supaya rancangan mereka untuk menakluki berjaya.Pihak barat amat sukar sekali menakluki serta menjajah turki ketika kerajaan turki di naungi oleh wazir/khalifah Empayar Uthmaniyah dengan cara menggunakan bangsa turkilah memudahkan proses untuk menggulingkan kerajaan Uthmaniyah.Agenda dan matlamat Yahudi di bantu oleh Pemimpin Diktator menyelar serta mengubah Budaya Islam kepada Budaya Barat .

Dalam penilaian serta rancangan teliti mereka telah saya kaji sendiri terpulanglah kepada saudara-saudara untuk menilainya dengan baik atau tidak.

EMPAYAR UTHMANIYAH --------DAN KERAJAAN-KERAJAAN ISLAM DUNIA BERSATU
(mereka saling berhubungi antara satu sama lain termasuk dengan Kerajaan Melayu Melaka pada suatu ketika dahulu pihak Portugis ingin menyerang Melaka walau bagaimanpun kerajaan Uthmaniyah cuba membantu tetapi di pertengahan jalan Kerajaan Melaka jatuh ketangan Portugis)

 PIHAK BARAT MENCARI BAGAIMANA PERHUBUNGAN EMPAYAR UTHMANIYAH DENGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU MELAKA DAPAT DIPUTUSKAN DENGAN CARA:-

Menanda-tangani  surat perjanjian(eksploitasi)>berperang>campur-tangan

Apabila negara-negara Islam (kerajaan-kerajaan islam) telah di jajah.Kekuatan Islam semakin berkurangan
dan proses untuk menjatuhkan Empayar Uthmaniyah semakin mudah dengan menggunakan bangsanya sendiri.Dasar-dasar Islam di tukar kepada dasar-dasar barat

Aku Masih Tidak Faham Selepas Pihak-Pihak Barat Menjajah,Setiap Negara Perlu Mengamalkan 
Dasar-Dasar Demokrasi,apa itu DEMOKRASI?
Mengenai Demokrasi   <Klik Di Situ

Kita berdoa agar pemimpin-pemimpin kita bukanlah si penegak Yahudi ,semoga negara kita makmur dan sejahtera.Amin..



YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming