Rezeki sedikit atau banyak ucap Alhamdulillah |
Assalammualaikum kepada para pembaca yang setia bersama disini yang bertujuan mencari ilmu,alhamdulillah.
Sepotong ayat surah al-baqarah Allah swt berfirman:
Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar. (yaitu) orang-orang yang ketika ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihirojiun” – sesungguhnnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. (Surah Al-Baqarah, 155- 156)
Pernahkah korunk menghadapi kesulitan setelah berusaha untuk mencari rezeki? Kadang-kala duit yang diperolehi langsung tidak mencukupi. Persoalannya adakah kita mengikuti 6 tip ini?.
1.Solat
Solat adalah tiang agama yang paling utama dan tiap-tiap tiang di bawahnya ada seribu satu rahsia ( bahkan lebih dari itu ) dan salah satunya berdasarkan sebuah hadith Qudsi Allah berfirman," Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu."( Riwayat Ahmad )

2. Berbakti kepada ibu bapa
Pernahkah bila cukup bulan kita bagi 10-30 percent daripada gaji kita beri kepada mak ayah?. Rasullullah berpesan agar sesiapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

3.Berpagi-pagi
"Lihat burung paginya dia keluar malamnya dia pulang". Berpagi-pagi ialah amalan yang berkat yang mana memulakan aktiviti harian sebaik sahaja selesai solat Subuh.

4.Solat Dhuha
Firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi, " Wahai anak adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang ( solat Dhuha ), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya."( Riwayat al-Hakim)

5.Berdoa
Doa adalah senjata seorang muslim dengan doa juga seorang hamba berasa dekat dengan Allah. Doa bukti hamba memberi sepenuhnya pengharapan dan penggantungan kepada-Nya. Malah Allah amat menyukai hamba-Nya yang sentiasa meminta kepada-Nya.

6.Bertawakal
Firman Allah, " Sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan ( keperluannya )."
(Al-Talaq 65:3 )

Rezeki yang tidak berkat akan mengundang padah baik diri mahu pun zuriat kita. Bila rezeki diperoleh dari sumber yang haram akan lahirlah zuriat yang yang tidak mengenang budi, melawan ibu bapa dan sebagainya.
Bersedekah umpama " hujan yang turun di empangan lalu disalurkan rumah kerumah ". Hujan di ibaratkan rezeki yang datang dan empangan yakni dengan bersedekah kepada yang lain demi memanfaat rezeki yang ada. Secara tidak langsung akan beroleh rahmat dan berkat dari Allah. Insyaallah.