Assalammualaikum kepada pembaca-pembaca yang saya hormati.Untuk slot diskusi untuk bulan/minggu ini,saya ingin berkongsi sedikit prihal mengenai Petua untuk cepat mendapat jodoh.Sebelum itu, baca dialog re:kaa saya ini sebagai pembuka tirai untuk slot ini.
A:Ko da kawin?
B:Alhamdulillah baru je semalam aku kahwin,ko?
A:Hehehe...oh ye ke?ermm...lom lagi bro.
B:Eh....cpt le cari...pastu kawin la cpt2 Insyaallah dgn
doa dan usaha mesti ko jumpenye lah.
A:Terima kasih bro...
Kredit : http://anurazzthapa.multiply.com
A:Ko da kawin?
B:Alhamdulillah baru je semalam aku kahwin,ko?
A:Hehehe...oh ye ke?ermm...lom lagi bro.
B:Eh....cpt le cari...pastu kawin la cpt2 Insyaallah dgn
doa dan usaha mesti ko jumpenye lah.
A:Terima kasih bro...
Sesungguhnya
urusan jodoh adalah ketetapan ALLAH. Kita hamba Nya yang lemah ini tidak
ada daya upaya langsung untuk menetapkan jodoh kita melainkan semuanya
dalam ketentuan Allah SWT. Namun, apa yang boleh kita buat ialah merayu
dan memohon pertolongan ALLAH SWT supaya mempertemukan jodoh kita sebaik
mungkin.
Berikut
ini disenaraikan beberapa tips yang dapat anda amalkan dalam proses
mencari jodoh terbaik anda. Pilihlah mana-mana amalan yang anda suka
untuk diamalkan atau anda juga boleh lakukan kesemuanya sekali sekiranya
mampu.
1. Membaca surah Yaasin setiap malam
sebab dalam satu hadist nabi bahawa surah Yaasin ada 10 keberkatan,
satu darinya ialah sesiapa yang masih belum berjodoh maka akan diberi
jodoh. Baca kalau boleh setiap malam, atau kerap, dan niatkan supaya
Allah swt segerakan jodoh dan berikan yang baik dan beriman. Insyaallah
mustajab.
2. Membaca surah Fatihah berulang-ulang kali,
niatkan supaya Allah swt segerakan jodoh. Juga terdapat dalam sebuah
hadist, yang mana surah fatihah ada beberapa keberkatan antaranya diberi
jodoh, baca berulang-ulang contoh 1x atau 3, 5, 7 atau seberapa yang
anda suka dan niatkan supaya Allah swt berikan jodoh yang baik dan
soleh.
3. Melakukan sembahyang hajat selama 3 hari berturut-turut
dengan penuh kusyuk dan pengharapan, dan lakukan juga amalan-amalan
lain yang baik-baik, contoh sedekah, zikir, ziarah org sakit, yang
penting hati sentiasa bergantung harap kepada Allah sahaja, jangan harap
dari selain Allah, berdoa dengan sungguh-sungguh, dengan nada suara
yang lembut dan merendah diri. Adukan problem anda kepada Allah swt,
jika seseorang merahsiakan problemnya kepada manusia, kemudian mengadu
hanya kepada Allah, maka Allah swt akan bantu dia, jika dia mengeluh
kepada manusia maka Allah swt tidak akan bantu dalam masalah tersebut.
4. Berdoa disetiap selepas sembahyang 5 waktu, dengan berdoa untuk minta jodoh sahaja selama 20 minit-30 minit. Berdoa dengan mata separuh pejam. Insyaallah
5. Bangun tengah malam sembahyang tahajjud,
kemudian solat taubat 2 rakaat, kemudian sembahyang hajat beberapa
rakaat yang anda mampu. Lagi banyak lagi baik. Kemudian berdoa dengan
kusyu’, insyaallah.
6. Solat hajat 2 rakaat
–> Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, 2 rakaat lagi –>Doa, sehingga
datang rasa benar-benar yakin yang Allah swt telah makbulkan. Kalau
masih tak yakin usahakan pada malam berikutnya sehigga datang keyakinan.
Bila anda telah benar-benar yakin bahawa doa anda telah makbul,
insyaallah, tunggu ajalah orangnya.(Tawakkal)
7. Betulkan niat, nak kahwin kerana Allah,
untuk selamatkan diri samada dari maksiat, ingin mendapat zuriat, untuk
memudahkan menjalankan perintah Allah. Sabda nabi SAW, Allah menjamin
untuk menolong 3 golongan:
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
1. Seseorang yang berjihad dijalannya
2. Seseorang yang berhutang dan berniat untuk membayarnya
3. Seseorang yang mahu kahwin untuk selamatkan agamanya
8. Berdoa dengan kusyuk diwaktu tertentu yang mustajab atau
ditempat-tempat tertentu yang mustajab. Contoh: Diantara azan dan
Iqamah, waktu hujan, waktu jam 3-5pagi (tahajjud), dalam masjid, berdoa
dengan disertakan ismulazam, sesudah solat 5 waktu, sesudah solat asar
sehingga terbenam matahari pada hari Jumaat. dalam keadaan suci, badan,
pakaian dan tempat, mengadap kiblat, suara antara kedengaran dengan
tidak, meminta seperti seorang fakir yang sangat mengharap dan dalam
kelaparan.
9. Berdoa dengan dimulai pembuka doa dan selawat, kemudian penutup doa dan selawat.Contoh paling simple;
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Pembuka:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
Kemudian bacalah apa2 saja doa samaada dalam bahasa Arab atau bahasa Melayu atau apa2 saja bahasa yang anda mahir…
Penutup:Alhamdulillah, Allahhhummasolli’ala saidina muhammad.
10. Berdoa dengan mengunakan doa-doa dari ajaran Rasulullah
atau dari Al-Quran adalah doa terbaik dan paling berkat, jika tak
pandai doa ajalah dalam bahasa sendiri, Allah swt maha memahami.
11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci
11. Selama beramal, jangan makan makanan, pakaian, tempat atau apa sahaja yang haram, subhat, kotor, makruh, makan makanan yang bersih, halal dan suci
Insyaallah, Semoga Berjaya!!!!
Kredit : http://anurazzthapa.multiply.com