Ok...ok..."close de case".Adakah anda tahu terdapat beberapa perkara si suami memang benci melihat si isterinya berperangai yang telah di senaraikan di bawah ini.Antaranya ialah:-
Jualan Murah Bagi Penggemar Iphone |
Mahu Memiliki Iphone?Lari Dr Bajet?Klik Disini Untuk Mencari Penyelesaian
(iklan yang di siarkan adalah benar,tiada unsur penipuan.iklan ini akan di siarkan adalah di terhadkan.)
1. CEREWET
‘Kerana mulut, hati binasa’. Wanita atau isteri perlu bijak mengawal perasaan dalam percakapannya. Suami tidak suka apabila isteri cerewet tidak kena pada tempatnya. Contohnya, apabila keluar makan bersama suami, isteri mahukan tempat yang menarik dan makanan yang mahal. Mungkin tidak perlu semua itu, asalkan anda berdua menghabiskan suasana yang romantik dan menyelami perasaan masing-masing.
2. CEMBURU
Sifat ini perlu ada dalam sesuatu hubungan. Tetapi, wanita atau isteri yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Jangan biarkan suami anda merasa mereka tidak dipercayai.
3. CABAR
Lelaki mempunyai ego tersendiri. Mereka pantang dicabar terutamanya oleh wanita, apatah lagi oleh isterinya. Sebagai wanita dan isteri, anda perlu membataskan tindak tanduk agar suami tidak merasa tercabar. Sesetengah isteri apabila bergaduh dengan suami, kata-kata seperti ‘kalau awak berani, cubalah cari perempuan lain’. Ingat, kadang-kadang ayat ini boleh membuatkan suami tercabar. Jika suami anda betul-betul melakukan, siapa yang akan putih mata.
4. CABUL
Ini bermaksud keji dari segi perangai isteri yang langsung tiada perasaan malu. Contohnya, bergaul bebas dengan lelaki yang bukan muhrim tanpa menghiraukan batas-batas pergaulan. Apatah lagi, jika anda mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan tidak baik kepada suami sendiri mahupun mertua.
5. CELUPAR
Cantik hanya di luaran sahaja. Wanita atau isteri yang cantik akan kelihatan hodoh, jika mulutnya celupar. Adalah tidak patut dengan mengeluarkan kata-kata yang kurang manis atau terlepas cakap kepada suami. Jangan membuatkan suami berjauh hati dengan anda.
6. CINCAI
Suami paling tidak suka apabila isteri membuat kerja rumah sambil lewa ataupun ‘cincai’. Jaga makan, minum adalah satu keutamaan untuk suami. Menurut Dr Fadillah Kamsah, suami paling benci apabila isteri sambil cincai menjaga anak. ‘Anak dah masuk longkang tapi isteri masih melepak di depan televisyen’.
7. CUAI
Kebiasaan, lelaki atau suami tidak suka jika pasangannya cuai terutamanya ia melibatkan masa. Contohnya, apabila ingin keluar bersama-sama, suami terpaksa menunggu masa yang lama kerana isteri masih lagi bersiap, bersolek dan mengemas. Situasi ini akan menimbulkan kemarahan dan kebencian kepada suami.
8. COMOT
Ada wanita atau isteri cantik tetapi sebenarnya comot. Comot bukan hanya melibatkan wajah seseorang itu tetapi juga dilihat dari segi penampilan yang selekeh, kerja yang telah dilakukan dan tindak tanduknya. Contohnya, hanya bersolek ketika hendak keluar rumah tetapi apabila berada di rumah, langsung tiada persiapan diri. Ingat, ada isteri beranggapan bersolek untuk suami tetapi di rumah tidak dipraktikkan.
wallhu`alam...yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari diri saya sendiri.
renung2 kan dan selamat beramal