Home » » Fakta:Menyingkap Tanda-tanda Wanita Menyukai Lelaki

Fakta:Menyingkap Tanda-tanda Wanita Menyukai Lelaki

Written By pmgpcns on Isnin, 17 Oktober 2011 | 5:24 PG

    Saya tidak menafikan pengalaman saya selama ini tentang tanda-tanda wanita itu menyukai kita ataupun tidak dan ianya ada kebenaran.Terlalu banyak tanda-tanda yang kita boleh lihat tetapi untuk ringkasan ini,anda boleh menilainya sendiri.
Wanita di klasifikasi sebagai wanita yang sangat pemalu,contoh ini boleh di ambil di dalam kisah-kisah zaman dahulu tetapi semalu-malu pun, mereka tetap menginginkan jejaka idaman hati mereka sehingga ke mahligai
rumah tangga,insyaallah.

1. Dia sering membuat 'eye contact' dengan anda kemudian tersenyum. Jika hanya sekali kemungkinan besar mungkin kerana terdapat tahi mata di muka anda. Namun, jika sering kali dia memberikan senyuman kepada anda, itu bermakna dia merasakan anda seseorang yang menarik dan ingin menceriakan hidup anda dengan senyuman dia.


2. Dia akan cuba mencari cara untuk berborak dengan anda. Dengan cara meminjam alat tulis, bertanyakan soalan ataupun bertanya khabar,  sudah cukup bagi dia merasakan kemesraan itu.


3. Ketika dia berborak dengan anda, dia akan nampak gelisah dan resah. Dia akan lebih cenderung bermain-main dengan rambutnya mahupun dengan jarinya kemudian akan kelihatan malu-malu sehinggakan mukanya menjadi merah (blushing). Namun bagi sesetengah perempuan, anda akan nampak dia memberikan perhatian 100% ketika anda bercakap.


4. Dia lebih cenderung untuk melakukan sentuhan terhadap anda seperti menepuk bahu anda, menyentuh tangan anda atau mungkin juga mencubit anda dan bukannya 'body contact' dalam permainan rugbi. Paling tidak pun, si dia akan cuba berada rapat dengan anda.



5. Apabila ditanya sama ada dia suka siapa, dia akan kata, "adalah..." sambil memberikan senyuman. Adakalanya juga dia akan buat anda cemburu dengan mengatakan dia sukakan seseorang yang popular di tempat anda belajar atau bekerja hanya untuk melihat reaksi anda. 

6. Dia juga akan bertanya siapa yang anda suka dengan perasaan ingin tahu. Kemudian si dia akan mula mengkritik gadis itu sikit demi sedikit kerana perasaan cemburu terhadap gadis tersebut. Bagi sesetengah perempuan, mereka akan memuji perempuan tersebut sambil memberikan senyuman palsu semata-mata untuk menutup rasa cemburu.

7. Ketika anda dan dia keluar bersama kawan-kawan, dia akan lebih cenderung berjalan di sebelah anda sama ada anda sedar atau tidak.

8. Si dia akan mengharapkan anda untuk mengajaknya keluar dengan mengulang perkataan "bosannye....."  atau mungkin bertanya tentang filem terbaru di pawagam. Jika si dia agak terdesak untuk mengajak anda keluar, dia akan menggunakan perkataan "saya belanja".

9. Dia tahu mengenai hal peribadi anda. Dia tahu tentang keluarga anda, apa yang anda suka, apa dan anda tidak suka malahan mungkin juga dia tahu perangai anda sendiri yang anda tidak tahu. Dia akan selalu melawat profile anda di facebook. Dalam kata lain, dia ialah seorang 'stalker'!


10. Apabila anda telah mula mendengar cerita daripada kawan-kawannya bahawa dia sering bercerita tentang anda, sehinggakan membuat kawan dia loya, itu bermakna dia amat-amat memuja anda. 



11. Dia akan cuba untuk sentiasa bersama anda. Dia akan cuba menjadi yang terbaik untuk anda. Menjadi peneman ketika anda susah mahupun senang. Dia akan cuba untuk menelefon anda atau sekurang-kurangnya sms anda. Jika dia tidak berbuat sedemikian untuk satu hari, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena padanya.
Berusahalah,sesungguhnya orang yang berusaha untuk mencari teman hidup adalah sebaik-baik kejadian manusia.Allah swt tidak akan mengubah takdir sekiranya diri kita tidak mengubahnya.
 Sumber:
 


YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming