Home » » Fakta 10 Negara Yang Mempunyai Penduduk Paling Gemuk Di Dunia

Fakta 10 Negara Yang Mempunyai Penduduk Paling Gemuk Di Dunia

Written By Unknown on Jumaat, 17 Jun 2011 | 9:57 PTG

                                                    Si arnab ini terlebih makan lobak inilah akibatnya.

Tahukah anda perkataan sinonim bagi gemuk ialah kegemukan atau berat melebihi nilai BMI yang sepatutnya.
Kegemukan berpunca daripada pelbagai faktor antaranya ialah faktor keturunan,diet permakana yang tidak seimbang dan memang anda sendiri  mengkehendakinya.(Seperti rajah di atas ini ).Kegemukan berpunya daripada lemak yang di simpan di sekitar badan anda.Dan tahukah anda lemak digunakan sebagai penebat haba 
dan digunakan sebagai bahan tenaga altenatif apabila ketiadaan karbohidrat/glukosa di dalam badan.

Walau bagaimanapun lemak yang tidak di gunakan akan melekat pada bahagian bawah kulit di sekitar badan dan lebih teruk sekali ianya menempel sehingga terjadinya kegemukan.Antara banyak negara yang mengalami masalah ini terdapat 10 buah negara yang mempunyai penduduk paling gemuk di dunia antaranya ialah:
  1. American Samoa 
  2. Kiribati
  3. United State
  4. Jerman
  5. Mesir
  6. Bosnia-Herzegovina
  7. New Zealand
  8. Israel
  9. Croatia
  10. United Kingdom


Lemak sumber kalori terbanyak. Makanan banyak lemak dan minyak menyebabkan kegemukkan yang juga dikaitkan dengan penyakit jantung koronari, kencing manis dan barah.

Fakta lemak

Tanpa disedari, hampir semua makanan harian kita banyak mengandungi lemak seperti:

1. Makanan yang mengandungi lemak semulajadi: minyak, mentega, marjerin, minyak sapi, santan dan krim.
2. Makanan yang mengandungi tambahan lemak/minyak: Kuih muih, karipap, roti canal, kek, cucur pisang, bingka, keropok, nasi goreng, nasi lemak, mee goreng, ayam goreng, ikan goreng dan mayonis.

Walaupun ada beberapa jenis lemak, semuanya boleh menyebabkan kegemukkan dan seterusnya boleh menjejaskan kesihatan awda. Ada 2 jenis lemak yang asas dalam makanan:

Lemak tepu
Lemak tepu ialah se jenis lemak yang men jadi beku dan keras dalam suhu bilik. Sumber utama adalah hasil haiwan dan sebahagian hasil tumbuhan seperti santan dan minyak kelapa sawit. Pengambilan yang berlebihan dikaitkan dengan bertambahnya paras kolesterol di dalam badan dan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.

Lemak tidak tepu
Lemak tidak tepu ialah sejenis lemak yang lembut atau cair walaupun dalam suhu sejuk. Sumber utama adalah hasil tumbuhan dan ianya terbahagi kepada 2 jenis: -
1. Mono tidak tepu: minyak zaitun, canola
2. Poll tidak tepu: minyak jagung, soya, bunga matahari dan marjerin lembut

Bertukarlah kepada minyak jenis ini didalam masakan tetapi gunakan secara sederhana.

Masakan sedap kurang lemak
1. Buangkan lemak sebelum memasak.
2. Kurangkan minyak dan lemak semasa memasak. Siut dan buang lemak beku dari sup atau masakan.
3. Ubahsuai resipi:
- kurangkan atau elakkan membubuh santan atau kerisik
- tambah sayuran dan kekacang - kurangkan daging
- gunakan herba atau rempah untuk menambah rasa
4. Amalkan cara masakan seperti: Rebus, kukus, pals, panggang, ampap, tumis, "microwave", "pressure cooker".
5. Kurangkan mentega, marjerin dan mayonis dalam sandwic, digalakkan membubuh hirisan timun, tomato dan salad.

Pilihan bijak kurang lemak
1. Bertukar kepada susu kurang lemak atau susu skim.
2. Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah segar, jagung rebus, roti paun.
3. Bertukar menu kepada ayam dan ikan.
4. Bertukar kepada salad dan ulam.
5. Bertukar kepada ubi rebus atau kukus.

Sumber:http://orang-biasa2.blogspot.com/2009/08/kurangkan-lemak.html


Tip:Hai,kawan-kawan tahu tak macam mana nak mengira paras BMI korunk?kalau yg blom tahu layari laman web ini ye,selamat mencuba!!














YouDakwah:Habib Ali Zainal Abidin | Wikipedia:Fakta | YouNasheed:Maher Zain | upcoming | upcoming