(gambar hiasan)
Bagi kita rakyat Malaysia orang Melayu khususnya amat kenal dengan srikandi Melayu dari Melaka ini yang kisah hidupnya amat meruntun jiwa.Kisah hidup Tun Fatimah berkisar sekitar kurun ke 16.Beliau merupakan anak perempuan kepada Tun Mutahir,Bendahara Melaka pada ketika itu.
Di nyatakan bahawa Tun Fatimah berketurunan Tamil Muslim, ayahnya Tun Mutahir, merupakan Bendahara (Perdana Menteri) Melaka di waktu pemerintahan Sultan Mahmud. Tun Mutahir adalah dari keturunan dari hasil perkahwinan Tun Kudu (bekas isteri Sultan Muzzafar Shah yang juga adik kepada Bendehara terkenal Tun Perak).
Sejarah Melayu mencatatkan bahawa Sultan Mahmud telah lama berdendam kerana Bendahara Tun Mutahir kerana tidak memberitahu beliau mempunyai seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan Mahmud cuma dapat tahu apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan Tun Fatimah dengan Tun Ali.
Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk merampas takhta, ekoran fitnah dari Pembesar Istana Sultan Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun Mutahir dibunuh tanpa periksa, termasuk suaminya Tun Ali kecuali Tun Fatimah.
Tun Fatimah akhirnya berkahwin juga dengan Sultan Mahmud.Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima hasil perkahwinannya dengan Sultan Mahmud dikurniakan empat orang anak, Tun Fatimah adalah isteri Sultan Mahmud yang kelima di antaranya adalah Raja Raden Ali yang akan memerintah Johor sebagai Sultan Alauddin Riayat Shah II selama 36 tahun.
Tun Fatimah adalah wanita Melayu pertama yang memimpin rakyatnya sekali gus menjadikanya Permaisuri berdaulat yang karismatik. Dikatakan bahawa orang Portugis lebih takut kepada Tun Fatimah Permaisuri Melaka dari suaminya Sultan Mahmud .
Tun Fatimah dikatakan telah membantu Tun Perak, seorang Bendahara Melaka, untuk memimpin Melayu dalam perjuangan mereka melawan kekuatan Portugis menyerang pada awal abad ke-16. Malangnya, orang Melayu telah kemudian kalah berperang dengan tentera Portugis yang mempunyai teknologi lebih kuat.
Menurut sejarawan Malaysia itu dikatakan ada pembesar istana Melaka yang memberi tahu rahsia kepada Portugis untuk menakluk kota, dan dengan demikian akhirnya membuat Melayu hilang kawalan mereka. Mungkin jatuhnya Melaka juga sebahagian kerana kekejaman Sultan.
Ketika Melaka jatuh ke Portugis pada tahun 1511, Tun Fatimah telah mengasaskan kerajaan Melayu baru Johor-Riau dari Johor dan pulau-pulau Riau ke bahagian Sumatera dan Kalimantan. Kekuasaan Sultan Melaka hampir terbatas . Tun Fatimah mencipta perikatan dengan tetangga kerajaan dengan membiarkan anak-anaknya berkahwin dengan keluarga kerajaan Aceh, Minangkabau dan Kalimantan.
Tiada sesiapa yang tahu berapa lama Tun Fatimah hidup , serta bila dan di mana dia meninggal dunia. Namun, sejarawan Melayu Nusantara menunjukkan bahawa batu nisan Tun Fatimah terletak di Kampar, Riau di pulau Sumatera Indonesia.
Sumber: http://faktafaktamenarik.com/fakta-fakta-menarik-tentang-tun-fatimah-srikandi-melayu-melaka.html